Resepi Ikan Sardin Homemade Yang Simple Dan Sedap. Dijamin Puas Hati Anda Wajib Try!

0 3,295

Sardin merupakan makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Pelbagai jenis brand yang ada di pasaran sekarang dan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. Namun pernah tak terpikir untuk buat sendiri ikan sardin secara homemade? Serius memang tak susah pun nak buat ikan sardin ni.

Anda boleh cuba buat sendiri stok sardin untuk dihidangan pada keluarga. Sekali cuba, pasti tak akan beli dah  sardin dalam tin. Ianya lebih sedap dan lebih murah berbanding ikan sardin yang ada dipasaran. Selain itu, kalau buat sendiri kebersihan juga terjamin.

Resepi masak ikan sardin juga boleh dipelbagai mengikut selera masing-masing. Contonhnya masak sambal tumis sardin, sardin masak cili padi, nasi goreng sardin. Malah sardin juga boleh dijadikan inti karipap. Dalam masakan  kena kreatif dan berani mencuba sahaja.

Cara penyedian resepi ikan sardin homemade ini juga sangat mudah. Gunakan periuk tekan ataupun pressure cooker dan setkan masa selama 80 minit. Untuk menghasilkan tulang ikan yang lembut dan sedap. Kalau nak simpan dalam peti ais pun. Tapi dibiarkan ikan sardin betul-betul sejuk baru disimpan. Ia juga boleh bertahan selama sebulan tanpa bahan pengawit.

Menu ini sangat ringkat dan pastinya disukai ramai. Apa kata anda follow resepi yang dikongsikan di laman facebook Norlela Abdul Lahak. Hidangan ini sangat sesuai juga dihidangkan untuk menu tengah hari ataupun menu makan malam. Makan dengan nasi panas-panas pasti akan bertambah-tambah selera makan anda.

 

RESEPI IKAN SARDIN HOMEMADE 

Kalau buat sendiri resepi ni, anda boleh guna ikan sardin yang fresh, rasanya lagi sedap berbanding ikan sardin yang ada di dalam tin. Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan ikan sardin homemake ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 kilo ikan sardin
  • 5 biji cili
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecik
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudi besar cili kering (diblender)
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 cawan air (ikut kepekatan)
  • 1/2 tin tomato puree
  • Limau nipis (untuk diperah)
  • garam

CARA PENYEDIAAN IKAN SARDIN HOMEMADE : 

▶️ Ikan dipotong ekor dan kepala, bersihkan pastu perap 10 minit dengan 1/2 sudu garam dan 2 biji limau nipis atau kasturi. Basuh ikan diperap tadi, tos kan. Ketepikan.

▶️ Blender semua bawang dan halia dan potong tomato. Tumis hingga wangi menggunakan lebih kurang suku cawan minyak.

▶️ Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan lain kecuali air. Perasakan, kalau dan ngam rasa masim, manis dan masamnya kiranya dah ok. Kemudian tambah 2 cawan air dan kacau sebati.

▶️ Masukkan ikan tersebut. Tutup periuk atau pressure cooker setkan masa dalam 80 minit lebih kurang. Bagi tulang jadi lembut.

▶️ Bila dah cukup masa. Lepaskan wap tekanan ikut arahan pressure cooker masing-masing la ye.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Keria Inspired Mua Bellaz. Mudah Sedap Dan Bikin Ketagih!

 

Siapa suka makan lauk ikan sardin memang haven, boleh buat banyak-banyak selepas tu simpan dalam peti ais. Bila dan makan tinggal pilih menu yang sesuai. Nak jadikan inti kuih untuk minum petang pun tak jadi masalah dah. Menyenangkan kerja mak-mak.

[]

Kadang-kadang bila teringin nak makan sardin rasa berat je nak beli sebab kenangkan harga kan. Barang-barang naik harga bukan lagi boleh dikawal. Jadi apa kata belajar je buat sendiri ikan sardin homedame. Yang pasti rasa dan lebih sedap dan kebersihan lebih terjamin.

Sekiranya perkongsian cara masak ikan sardin homemade ini memberikan manfaat kepada anda, boleh share resepi ikan sardine homemade ini di wall masing-masing supaya lebih ramai mendapat manfaat sama macam kita. Selamat mencuba .

Leave A Reply

Your email address will not be published.