Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas Pekat Melekat, Rasa Yang Sedap Secukup Rasa!

0 770

Ikan kerisi warnanya merah seperti ikan merah dan ikan tilapia merah, Cuma saiznya agak kecil sedikit. Resepi kali ini menggunakan ikan kerisi untuk Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas Pekat.

Ikan kerisi kalau digoreng dengan garam kunyit sahaja pun sudah sedap bila dimakan, belum lagi dimasak macam-macam dengan ikan kerisi ni. Kalau sebut masak kicap ni memang ramai yang suka.

Kicap campurlah dalam masaka apa pasti akan sedap, sebab itu kicap ni dipanggil penambah selera ketika makan. Tidak kira masak kicap ayam, daging, atau ikan memang akan menjadi kegemaran semua.

Kalau cakap masak kicap pekat pedas, pasti pernah makan nasi tiga budak gemuk yang viral itu. Tapi mereka menggunakan ayam, cuma kali ini menggunakan ikan kerisi. Nak masak kicap pekat pedas bukanlah susah.

Hidangan ini boleh dikatakan cepat untuk disediakan, jadi ibu-ibu yang bekerja atau yang kejar masa boleh cuba resepi dari perkongsian saudara Wan LuQman ini. yang pasti resepi ini boleh membuat makan nasi bertambah-tambah!

 

RESEPI IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS PEKAT 

Hidangan ini sangat mudah dan cepat untuk dibuat, untuk mereka yang ingin makan yang simple tapi sedap perlu cuba resepi ini. Kalau cakap pasal masak kicap ni pasti ramai yang akan suka, cukup ada cili dan bawang boleh jadi masak kicap.

photo6230852684764785830.jpg (1080×810)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Ikan kerisi ( digoreng terlebih dahulu )
  • 8-10 biji cili padi
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang Holland
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Garam dan gula

photo6230852684764785839.jpg (1080×810)

CARA-CARA PENYEDIAAN MASAK KICAP PEDAS PEKAT 

▶️ Mula-mula goreng ikan kerisi garing-garing dan ketepikan.

photo6230852684764785838.jpg (1080×810)

▶️ Selepas itu, tumbuk atau kisar kering cili padi, cili kering, bawang putih, dan bawang Holland.

photo6230852684764785835.jpg (1080×810)

▶️ Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

photo6230852684764785833.jpg (1080×810)

▶️ Kemudian, masukkan sos tiram, kicap, dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau sampai sebati.

photo6230852684764785832.jpg (1080×810)

▶️ Jangan lupa masukkan 2 sudu makan air, dan tumis sehingga garing.

photo6230852684764785831.jpg (1080×810)

▶️ Apabila dah siap, boleh lumur atas ikan goreng tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Apam Susu Kukus Gebu Yang Teramat Lembut, Pembuatannya Tersangat Mudah!

 

Mudah sangat nak sediakan hidangan ini, tak perlu nak masak beria dah siap. Rasa pedas manis dari masak kicap memang sedap sangat, makan pula dengan nasi panas-panas lagi tersangkut habis rasanya.

6372782282828.jpg (1200×800)

Kalau ada yang suka makan berkuah, boleh lebihkan sedikit air sebab hidangan ini masak kicapnya agak pekat dan kering. Rasa sedapnya macam makan ikan goreng dengan sambal kicap, tapi yang lagi sedap sebab kicap ditumis sehingga garing dan aroma dari bawang dan cili memang wangi sekali!

Kalau makan waktu sahur ni, boleh buat makan bertambah-tambah ni. Dari tak ada selera terus dapat habiskan nasi satu pinggan! Bolehlah follow resepi ikan kerisi masak kicap pedas pekat melekat ini untuk hidangan seterusnya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.