Resepi Gulai Tumis Darat Ikan Talang Masin. Masakan Dulu-Dulu Yang Sedap!
Kalau balik kampung mesti dapat merasa masakan kampung lebih-lebih lagi gulai ikan masin. Gulai Tumis Darat Ikan Talang Masin kalau makan dengan nasi panas-panas dan sambal memang sedap sampai bertambah-tambah makan nasi.
Kalau dipikirkan masakan orang dulu-dulu memang sangat sedap, tambah pulak yang masak pun mak atau nenek kita. Air tangan orang dulu-dulu masak apa pun sedap dan cara masak pun main campak-campak je.
Kalau di kampung gulai ikan masin boleh dijadikan hidangan semasa kenduri, biasalah kadang-kadang ada orang-orang tua yang tak berapa suka makan masakan ayam, jadi kena sediakan satu hidangan macam ni.
Kadang-kadang bila selalu makan ayam je teringin juga masakan kampung macam ni, walaupun nampak biasa je tapi rasanya memang padu. Susah nak cakap bila benda sedap macam ni bila makan memang tak pandang lain dah.
Resepi gulai tumis darat ikan talang masin hasil dari perkongsian Intan Izaida, resepi yang cukup sedap dan boleh mengamit memori dengan citarasa kampung.
RESEPI GULAI TUMIS DARAT IKAN TALANG MASIN
Selain gualai tumis darat ikan talang masin, ada lagi versi gulai ikan masin, seperti gulai lemak nenas ikan masin dan gulai ikan masin Kelantan. Walaupun semua ini gulai ikan masin tapi rasanya agak berbeza.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk rempah homemade:
Bahan yang disagai :
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 1/2 sudu besar jintan putih
- 1 sudu kecil lada hitam
Bahan dikisar kering dengan sedikit air :
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 inci kunyit hidup
- Sejemput daun kari
Bahan lain:
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk cili
- Campur kesemua sekali dan kacau sebati
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pes :
- 1/2 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- kisar kesemuanya
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menumis gulai :
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 cubit jintan manis
- 1 cubit jintan putih
- Daun kari satu pelepah
Bahan-bahan yang diperlukan untuk tumis darat :
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 inci halia muda
- Minyak untuk menumis
Bahan-bahan lain :
- Ikan talam masin ( rendam dan sejat )
- Cili hijau besar
- Nenas ( potong dadu )
- 1/2 kotak Santan
- Gula
- Garam
CARA-CARA MASAK GULAI TUMIS DARAT IKAN TALANG MASIN :
▶️ Tuang minyak dalam satu senduk kecil. biar panas sekejap.
▶️ Selepas itu, tumis halba campur sekejap dan masukkan daun kari.
▶️ Apabila daun kari agak layu, tuang pes bawang halia tadi dan masak sampai pecah minyak.
▶️ Kemudian, masukkan rempah homemade tadi. tuang sedikit air dan masak sampai pecah minyak.
▶️ Masuk cili hijau & nenas masak kejap dalam seminit dua tambah air sikit je nak bagi tak hangus.
▶️ Masuk ikan masin & tambah air sikit (jangan banyak sebab nak masuk santan nanti) & rebus.
▶️ Kemudian, tuang santan. Kacau sebati pecah minyak. Agak santan dah sebati boleh la masuk satu sudu kecil gula & rasa dulu. Kalau tak masin tambah garam lagi. Dah siap ni. Ketepikan.
▶️ Goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dah di potong dengan minyak yang banyak nak bagi garing sampai keperangan.
▶️ Cepat-cepat cedok sejat bawang halia terus masuk dalam periuk tutup tudung periuk supaya bau wangi bawang meresap ke dalam kuah.
BACA JUGA :Resepi Nasi Beriani Kukus Dengan Ayam Sambal Padu. Boleh Buat Sendiri Di rumah!
Tadaaaaa dah siap! Boleh makan macam nasi kenduri dengan acar ikan talang masin, ayam masak merah, daging masak pesamah dan lawan dengan nasi minyak. Rasa macam makan kat kenduri walau musim PKP ni kita kena berkurung tak boleh ada kenduri
Cara-cara untuk buat rempah homemade pun dah disediakan, lepas ni makin sedap la gulai yang ibu-ibu akan masak ni.
Terliur tak tengok gulai tumis darat ikan talang masin ni, walaupun banyak step nak siapkan satu hidangan ni tapi hasilnya sangat luar biasa. Selamat mencuba.