Resepi Gulai Ketam Penang Style. Aroma Yang Memikat Sekali Makan Pasti Teringat-Ingat!

0 2,652

Kalau sebut pasal ketam, pasti ada diatara kita akan masak masakan berkuah untuk ketam, kerana ketam harganya agak mahal dan tidak mahu rasa rugi bila masak hidangan kering. Boleh cuba Resepi Gulai Ketam Penang Style yang marvoules ini.

Kalau di sebelah utara, kari juga dipanggil sebagai gulai. Lain pula di pantai timur, masakan kari dan gulai tidak sama dan rasanya agak berbeza, serta bahan yang digunakan juga berbeza. Seperti daun kari tidak diletakkan didalam gulai dan hanya akan dimasukkan didalam masakan kari sahaja.

Pemilihan ketam yang segar akan mempengaruhi kesedapan masakan tersebut, jadi apabila beli ketam perlu memilih ketam yang lebih berat menunujukkan isi lebih padat, dan tiga segi belakang ketam yang masih kuat melekat menandakan ketam itu masih segar.

Elakkan memilih ketam yang bertompok-tompok dibahagian bawah ketam atau tidak berwarna putih, itu menunujukkan ketam tersebut kurang segar. Perlu memilih ketam yang cukup sifat, seperti semua kaki masih melekat elok dan mata ketam masih ada lagi.

Kalau peminat ketam pasti pandai memilih ketam yang segar untuk dimakan, mereka pasti akan dapat beza dari segi rasa ketam tersebut segar atau tidak. Resepi gulai ketam super sedap ini telah dikongsi oleh Saiful Nasuha.

 

RESEPI GULAI KETAM PENANG STYLE

Jika ketam betina yang mempunyai telur tidak perlu dibuang kulit atau potong separuh. Tapi, jika ketam biasa atau ketam jantan kena buang kulit dan potong dua bahagian serta leraikan kaki bersepit.

photo6226394362682649508.jpg (960×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 6 ekor ketam bunga
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • ½ inci halia ( diketuk )
  • 4 pelepah daun kari ( 2 pelepah untuk tumis dan 2 pelepah untuk dimasukkan last sekali )
  • ½ batang kulit kayu manis
  • 2 bungkus rempah kari ikan
  • 1 ½ sudu besar rempah kari daging
  • Kelapa parut segemgam
  • Santan fresh RM3
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 keping asam keeping sederhana
  • Garam dan ajinomoto
  • Lada hijau

photo6226394362682649509.jpg (960×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN GULAI KETAM PENANG STYLE

▶️ Ketam perlu dibersihkan terlebih dahulu.

photo6226394362682649505.jpg (960×1280)

▶️ Selepas itu, tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, dan kulit kayu manis sehingga kekuningan.

photo6226394362682649501.jpg (960×1280)

▶️ Masukkan rempah yang dah dikacau bersama air panas dan dicampur dengan jintan manis, jintan putih serta lada hitam.

▶️ Masak rempah sehingga pecah minyak.

photo6226394362682649502.jpg (960×1280)

▶️ Kemudian, masukkan kelapa parut yang dikisar halus dan juga santan.

▶️ Setelah mendidih, masukkan asam keeping dan perasakan dengan garam. Masak santan seketika dengan api perlahan.

photo6226394362682649499.jpg (960×1280)

▶️ Apabila santan sudah dimasak dengan mesra, masukkan ketam. Renehkan dengan api perlahan dan biarkan ketam masak. Boleh masukkan bahan hiasan iaitu daun kari dan lada hijau.

 

BACA JUGA : Resepi Telur Bistik Mudah Dan Sedap, Tak Perlu Lauk Lain Sebab Hidangan Ini Sudah Menyelerakan!

 

Gulai ketam ini kuahnya memang pekat-pekat kerana menggunakan santan fresh dan santan yang banyak bagi mendapatkan rasa yang sedap! Tak sabar nak makan nasi bila tengok gulai ketam ni, makan pula dengan sambal belacan dan timun memang tersangkut habis.

9872625526263738393.jpg (1200×800)

Bila menggunakan bahan masakan yang fresh akan menyedapkan lagi masakan tersebut, seperti ketam fresh, santan fresh bukan yang dalam kotak tu. Bahan fresh akan membuatkan rasa dan aroma masakan yang sangat berbeza.

Walaupun ketam ni bukan kita makan selalu, tapi bila teringin pasti akan masak juga. Sekali sekala makan sedap apa salahnya, apa lagi moh ler follow resepi gulai ketam penang style yang pekat memikat ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.