Resepi Gulai Kari Daging Rebung. Rasa Sebijik Macam Gulai Kawah, Anda Wajib Cuba!
Gulai kari daging bersama rebung antara menu yang sangat popular dan sangat sedap. Jika anda tidak pernah mencubanya. Apa kata hari ini anda cuba resepi gulai kari daging rebung. Cara penyediannaya juga sangat mudah dan senang. Ianya pasti membangkitkan selera makan anda.
Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Dikatakan gulai kari daging rebung ini lebih kurang dengan gulai kawah yang dimasak ketika kenduri kendara. Kalau anda pernah makan gulai kenduri di kampung tidak sah kalau tiada rebung. Jika tiada rebung, mereka akan gantikan dengan batang pisang, buah pisang ataupun kentang.
Namun zaman sekarang kalau nak dapat rebung boleh je dapat dipasar. Banyak je penjual yang menjual batang rebung ini. Ada yang dah siap siang dah. Jadi balik rumah hanya perlu cuci dan boleh terus masak. Kalau dikedai-kedai makan memang susah nak cari gulai kari daging bersama rebung. Kalau teringan nak makan memang kena masak sendiri.
Cara penyediaan juga senang, anda boleh mengunakan pressure cooker untuk merebus daging lembu tersebut. Lebih jimat masa untuk memasak nanti. Jika anda tiada pressure cooker, jangan risau boleh sahaja masak macam biasa.
Gulai kari daging rebung memang sedap di makan dengan nasi panas-panas. Tapi kalau nak lagi sedap boleh makan dengan sambal belacan pasti rasa macam makan gulai kawah nanti. Disebabkan rasa yang sungguh enak, apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh penggunaan facebook Resipi & Dekorasi Muhamad Muktamin. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi lazat ini.
RESEPI GULAI KARI DAGING REBUNG
Satu tip yang dapat dikongsikan rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai terlalu berlemak, buangkan lemak sejuk yang beku dipermukaan daging.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Daging hiris/cincang
- Rebung
- Rempah empat sekawan
- Rempah kari
- Cili kisar
- Bawang merah (dikisar)
- Bawang putih (dikisar)
- Daun kari
- Sedikit kerisik dan belacan (option)
CARA PENYEDIAAN GULAI KARI DAGING REBUNG :
▶️ Daging boleh direbus dahulu ataupun nak masak terus pun boleh. Ianya terpulang anda. Dalam resepi daging tidak direbus.
▶️ Tumis rempah empat sekawan sekejap dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai wangi dan pecah minyak. Diikuti dengan cili kisar dengan cara sama.
▶️ Masukkan paste rempah, gaul sebati dan biarkan sampai pecah minyak.
▶️ Masukkan rebung, daging dan sedikit air dan gaul rata. Masak sehingga meresap kesemua bahan.
▶️ Tutup periuk dan biarkan sampai daging lembut. Kalau nak rebus daging dulu pun boleh.
▶️ Bila daging dah lembut, masukkan santan dan masak sehingga kuah agak pekat. Siap!
BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Planta Yang Simple Dan Sedap. Rugi Kalau Anda Tidak Mencubanya!
Tada! Siap untuk dihidang! Nampak sangat menyelerakan. Jika anda tidak gemar makan rebung boleh tukar kepada kacang panjang, buah pisang muda, kentang dan macam-macam lagi. Mengikut selera masing-masing. Tapi kalau anda dah cuba sekali makan gulai kari daging rebung ini pasti anda akan repeat lagi.
Menu ini kalau pergi kenduri di kampung memang anda akan merasai masakan sebegini. Tapi kalau dibandar memang susah nak cari hidangan yang lajen ini. Kalau anda nak cuba masakan yang enak ini boleh follow resepi diatas. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Bahan yang digunakan pun tak renyah.
Anda wajib cuba resepi kari daging rebung ini dulu. Tak cuba maka tak tahu sejauh mana keanakkanya. Semoga pengkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba. Selamat mencuba!