Daging merupakan bahan mentah yang sedap dimasak apa sahaja, tidak kira digoreng, dibakar, berkuah mahupun direbus. Daging mempunyai tekstur yang pejal jadi ada cara untuk lembutkannya. Kali ini kami kongsikan Resepi Daging Goreng Rangup.
Banyak cara untuk melembutkan daging sebelum dimakan atau dimasak, salah satunya ialah cara potongan daging. Jangan buat main, silap potong boleh liat daging tu akan menyukarkan kita untuk kunyah dan telan.
Cara untuk potong daging dengan betul, pastikan potongan daging berlawanan dengan urat daging tersebut. Sebelum potong, kenal pasti terlebih dahulu urat daging berada disebelah mana dan potong bertentangan dengan urat daging.
Untuk hidangan ini, daging akan digoreng dengan tepung seperti Kentucky. Setiap hirisan daging akan disaluti dengan tepung supaya bila digoreng daging dapat kerangupan yang diingini seperti tukang masak nak.
Hidangan ini sangat mudah untuk disediakan walaupun nampak rumit. Hidangan ini sedap dimasak, apabila daging yang rangup dicampur pula dengan rasa masin manis daripada sos dia tu memang akan membangkit selera si pemakan.
Resepi ini sedap dimakan dengan nasi bawang, tapi dengan nasi putih juga sedap dimakan. Kalau daging crispy dihidangkan begitu sahaja pun dah sedap rasanya. Resepi daging goreng crispy ini dikongsi oleh saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan.
RESEPI DAGING GORENG RANGUP
Untuk mendapatkan kerangupan daging ini, minyak untuk mengoreng perlu panas. Jangan masuk sekaligus daging kedalam minyak panas, tapi masukkan satu persatu supaya daging tidak melekat bila diangkat.
Bahan-bahan yang diperlukan :
(3-4 orang makan)
- 400g daging
- 1 biji bawang Holland
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 butir telur
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu empingan cili
- 1-2 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar lada sulah
- 1 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar bijan(disangai)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG RANGUP
▶️ Hiris bawang holand nipis-nipis, kemudian goreng bawang sehingga keperangan.
▶️ Selepas itu, daging dibersihkan dan dipotong nipis-nipis. Masukkan kedalam bekas.
▶️ Masukkan telur, bawang putih tumbuk, lada sulah dan kicap cair. Tambahkan garam jika perlu. Perap dalam 30 minit.
▶️ Selepas diperap masukkan tepung jagung, gaul sehingga semua daging diselaputi dengan tepung.
▶️ Panaskan minyak, dan goreng dengan masukkan satu persatu daging ke dalam minyak.
▶️ Apabila dah keperangan dan masak, angkat dan toskan minyak yang berlebihan.
▶️ Untuk sos salutannya, tumis bawang putih Dan masukkan cili flakes. Kacau seketika dan masukkan sos tomato.
▶️ Kemudian masukkan kicap Manis untuk seimbangkan rasa sos tersebut.
▶️ Tambah sedikit cuka, jika tidak mahu tak perlu masukkan. Boleh tukarkan kepada limau nipis.
▶️ Masukkan bawang Holland goreng tadi untuk menjadikan sos ini unik.
▶️ Akhir sekali masukkan daging dan gaul laju-laju biar daging disaluti dengan sos. Boleh masukkan bijan dan gaul lagi.
BACA JUGA : Resepi Ketupat Sotong Yang Cukup Sedap, Rasa Kuahnya Yang Lemak Manis Sesedap Rasa!
Mungkin ramai yang belum mencuba lagi hidangan ini, rasa daging yang crispy kemudian disaluti dengan sos masin manis yang sangat sedap sudah seperti makan makanan korea pula. Daging yang sudah digoreng kalau dicicah dengan sos pun sedap.
Bagi ingin menjadikan daging yang digoreng itu crispy, tepung yang digunakan didalam resepi ini ialah tepung jagung. Tetapi jika kehabisan tepung jagung boleh gunakan tepung kentang atau tepung serbaguna untuk salutan daging.
Resepi daging goreng rangup ini sangat menarik kerana cara masaknya dan rasanya yang unik. Jarang daging digoreng dengan salutan tepung seperti kentuky untuk dimasak. Rasanya ini resepi yang wajib dicuba dan rasai kerangupannya!