Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Sedap Secukup Rasa, Boleh Buat Makan Nasi Bertambah-Tambah!
Selalu masak ayam masak kicap kan? Tapi hidangan itu biasanya untuk anak-anak makan, sebab tidak pedas. Resepi kali ini kami nak kongsikan Resepi Ayam Masak Kicap Pedas yang akan membuat mereka makan bertambah-tambah.
Kicap ni kalau makan nasi dengan telur sahaja pun dah sedap. Boleh dikatakan sebagai penyedap makanan kalau makan nasi tanpa kuah. Setiap orang pasti ada jenama kicap kegemaran sendiri, setiap kicap tidak sama rasanya.
Kicap yang sedap makan dengan nasi ialah kicap lemak manis, sebab dah cukup rasa lemak manisnya. Kalau masak sambal selain letak gula, kicap juga boleh mengantikan gula sebab ada rasa manis.
Kicap ni campurlah dalam apa-apa pun boleh menyedapkan makanan tersebut. Untuk hidangan ayam masak kicap pedas pasti ada ramai peminatnya. Apa yang penting kuah masak kicap mesti kena pekat, lemak, manis, pedas dan secukup rasa.
Ayam masak kicap ramai yang menyukainya, tidak kira tua atau muda. Kalau tidak, tak ada yang buat kicap hidangan wajib ada bila makan nasi. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Ateekah yang mudah dan sangat menyelerakan.
RESEPI AYAM KICAP PEDAS
Bila nak masak kicap ada sesetengah orang lebih suka masukkan terus ayam tanpa goreng sekejap ayam tersebut, da nada juga orang yang lebih suka bila ayam digoreng terlebih dahulu sebab suka bila ayam ada rasa garing-garing sedikit.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ayam ( dicuci bersih )
- 8 sudu besar cili kisar
- 1 biji ubi Kentang ( dipotong )
- 1 batang serai ( diketuk )
- 1 sudu kecil rempah sup
- 1 biji tomato ( dibelah )
- 1 biji bawang merah ( potong bulat )
- 1 batang cili merah ( potong serong )
- 1 batang cili hijau ( potong serong ) )
- Air asam jawa (1 sudu kecil+ 1 cawan air)
- ½ cawan kicap manis
- Gula
- Kiub Ayam 1 kiub (optional)
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KICAP PEDAS
▶️ Panaskan minyak , masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan ( Angkat dan ketepikan )
▶️ Kemudian, gorengkan ayam sehinga masak ( Angkat dan ketepikan )
▶️ Keluarkan sedikit minyak ,dan gunakan minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau .
▶️ Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak .
▶️ Selepas itu, masukkan rempah sup , kicap , gula dan air asam jawa . Gaulkan dan biarkan masak seketika .
▶️ Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi , bawang merah , cili merah dan cili hijau dan tomato .Gaulkan kesemuanya sehingga sebati .
▶️ Angkat dan siap untuk dihidang .
BACA JUGA : Rahsia Sotong Goreng Tepung Melekat Elok Yang Sedap, Macam Makan Di Kedai Thai!
Masakan ayam masak kicap merupakan kegemaran semua, cuma hidangan ini dibuat pedas sedikit seperti ayam sambal tapi dimasukkan kicap. Kalau dapat makan dengan nasi panas-panas memang sedap!
Rasanya hidangan ini kalau ditukarkan kepada masakan daging atau ikan pun sedap jugak. Hidangan ini boleh jadi kegemaran keluarga, kerana sangat sedap bila dapat digaul dengan nasi panas-panas.
Dah dapat satu resepi untuk hidangan makan tengahari atau malam, ibu-ibu dah tak perlu pening nak nak masak apa follow je resepi ayam masak kicap pedas ni. Pasti menjadi kegemaran keluarga lepas ni.