Kari Daging Pekat Tanpa Santan Ala Mamak. Serious Sedap Rasa Berempah Sangat Padu!
Rasa nak tukar selera kepada lauk daging! Tapi dah tak idea nak masak apa? Asyik masak menu sama! Apa kata hari ini kita masak kari daging pekat tanpa menggunakan santan. Lain macam sedapnya! Tapi, Sejak akhir-akhir ini ramai suka masak kari tanpa menggunakan santan kerana rasanya lebih padu.
Resepi kari daging walaupun tidak mengunakan santan, tapi rasanya sangat sedap, kuah kari ini akan sedikit pekat berbanding kuih kari yang ada santan. Rasa rempah lebih terasa dan jika dimakan dengan sambal belacan confirm boleh bertambah nasi dibuatnya.
Bila masak kari yang tidak menggunakan santan, ianya boleh tahan lebih lama. Apa yang menarik tentang kari ini rasanya makin sedap jika dipanaskan keesokkan harinya. Kuahnya rasa lagi padu habis!. Cara penyediaan masak kari daging juga senang, kalau nak bagi daging cepat empuk guna pressure cooker ini lebih menjimat kan masa anda. Tapi kalau nak rebus pakai periuk biasa pun boleh.
Resepi kari daging selain sedap dimakan dengan nasi putih, ianya juga sedap jika dimakan dengan dengan nasi hujan panas, nasi minyak, ataupun nasi dagang. Nak hidang bersama roti jala pun boleh sebagai hidangan minum petang anda nanti.
Resepi kari daging ini telah dikongsi oleh cik puan Zurina Zulkefli, melalui posting difacebooknya. Tengok gambar yang dikongsi beliau pun dah nampak sedap dan menyelerakan. Apa tunggu lagi jom sediakan bahan-bahan untuk memasak.
RESEPI KARI DAGING TANPA SANTAN
Pelbagai resepi kari yang ada, dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Menu kari daging boleh juga disajikan pada bila-bila masa sama ada pada hari raya korban ataupun majlis akikah, pasti masa tu banyak stock daging kan dirumah. Jadi boleh try resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 300~400gm daging
- 1 paket kecil serbuk kari daging
- 3 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan rempah jintan dan biji ketumbar (ditumbuk)
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 2 tangkai daun kari
- 1 biji tomato (potong kecik)
- 2 biji kentang (dipotong dadu)
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 3 tangkai cili kering (dihiris)
- 4 tangkai cili hijau (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 hiris halia (dihiris)
- Air asam jawa secukupnya
- 1 mangkuk kecil air
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN KARI DAGING :
▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kering, cili hijau serta daun kari.
▶️ Kemudian, masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
▶️ Masukkan air asam jawa boleh juga digantikan dengan yogurt.
▶️ Masukkan rempah kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit dan rempah jintan serta biji ketumbar yang telah ditumbuk, gaul rata.
▶️ Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
▶️ Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
▶️ Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
▶️ Apabila jus daging telah keluar masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan reneh kari guna api paling kecil.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia utk dihidangkan.
BACA JUGA : Resepi Kuih Sagu Yang Lejen, Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas. Pasti Sedap Wajib Try Tau!
Siap untuk dihidang! Nampak sangat menyelerakan. Tak susah pun kalau nak menyediakan resepi kari daging tanpa santan ni. Namun, sering juga kita makan hidangan dikedai mamak atapun kedai-kedai tapi rasa tidak sama dengan apa yang kita masak sendiri untuk disediakan untuk keluarga pasti masak sendiri lagi padu!
Kari daging ini kalau makan dengan nasi panas-panas dan ditambah dengan adanya ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, atapun timum lagi bertambah selera. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi. Menu yang simple dan cara penyediaan yang mudah rugi tau kalau tak cuba.
Ada wajib cuba resepi kari daging ini dulu. Tak cuba maka tak tahu sejauh mana keenakkanya kan. Semoga pengkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba.Selamat mencuba!