Cara Buat Kerabu Kerang Ala Thai Yang Terlajak Sedap, Secukup Rasa Pedas, Masam Dan Manis!

0 3,807

Hidangan kerabu sangatlah sedap, boleh dimakan dengan nasi atau begitu sahaja. Pasti ada yang tak pernah rasa kerabu kerang. Kali ini kami akan kongsikan Cara Buat Kerabu Kerang Ala Thai yang mudah dan sedapnya secukup rasa.

Kerang salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Rasa yang enak dan boleh dibuat pelbagai hidangan masakan dengan menggunakan kerang. Dengan merebus sahaja pun dah sedap dimakan.

Sebelum nak masak kerang perlulah mencuci terlebih dahulu kerana kerang yang dijual berwarna hitam penuh dengan pasir dan kotoran yang melekat dicengkerangnya. Kerang perlu dibasuh sehingga bersih bagi hilang semua kotoran dan pasir supaya apabila dimasak kerang tidak berbau hanyir.

Kalau masakan thai ni kita semua tahu meraka memang suka dengan rasa masam, manis, masin dan pedas. Siapa yang suka masakan thai pasti akan suka dengan kerabu kerang ni, rasanya yang sangat fresh dan secukup rasa.

Resepi masakan kerabu kerang ni sangat menarik dan telah dikongsi oleh Fia Sofia di facebook, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kerabu sangatlah fresh. Jom kita follow resepi yang telah kami sediakan ini.

 

RESEPI KERABU KERANG ALA THAI

Bagi mendapatkan kerabu kerang yang sedap, kerang perlulah segar dan tidak berbau. Jika kerang yang sudah rosak atau tidak segar akan mengeluarkan bau yang hanyir dan busuk, jadi tidak sesuai untuk dibuat kerabu.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 kg kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 biji limau nipis
  • 3 tomato dipotong
  • 1 btg carrot (di potong halus memanjang )
  • 2  ulas bawang merah hiris nipis
  • 5  biji cili api – ditumbuk
  • 1 sudu teh serbuk perasa

 

CARA-CARA PENYEDIAAN KERABU KERANG ALA THAI

▶️ Mula-mula basuh kerang hingga bersih dan rebus kerang dengan 1 sudu kecil garam.

▶️ Buang air rebusan kerang dan segera letak dalam ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar.

▶️ Selepas itu, buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.

▶️ Satukan air asam jawa, ,cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.

▶️ Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.

▶️ Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan carrot daun ketumbar serta gaul hingga sebati.

 

BACA JUGA : Resepi Pajeri Terung Yang Marvolues, Masakan Kampung Yang Mudah Dibuat Tapi Sangat Sedap Dimakan!

 

Senangnya nak buat kerabu, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Kerabu kerang boleh sahaja dimakan begitu sahaja atau dengan nasi. Dengan rasanya yang secukup rasa masam, manis, masin dan pedas memang sangat menyelerakan.

Rasa masin, pedas, manis dan masam boleh adjust mengikut citarasa sendiri, jika suka pedas bolehlah tambah lagi kuantiti cili dalam kerabu. Boleh juga kalau ingin tambah makanan lauk lain dalam kerabu, jadi lebih pelbagai lagi.

Resepi kerabu kerang ala thai mudah sahaja untuk dibuat cuma makan masa untuk membersihkan kerang sahaja. Tapi jangan risau, hidangan ini sanga sedap dan berbaloi untuk dicuba. Peminat masakan thai apa lagi, boleh lah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.