Resepi Pulut Wajik. Pulut Manisan Yang Lemak Manis Disukai Ramai!
Pulut wajik merupakan sejenis pulut manisan traditional yang dimasak dengan beras pulut, santan dan gula melaka. Resepi Pulut Wajik biasanya akan dihidangkan pada hari raya di sesetengah tempat.
Pulut wajik akan dipotong kecil-kecil untuk dihidangkan kepada tetamu. Pulut wajik agak manis rasanya dan rasa lemak santan akan menyedapkan lagi rasa pulut tersebut.
Kalau di kelantan pulut wajik dipanggil nasi manis dan hidangan ini tidak perlu tunggu hari raya untuk makan. Kadang-kadang pulut wajik dijadikan goodies apabila ada majlis perkahwinan atau majlis kesyukuran.
Tekstur puluk wajik tidak terlalu lembut kerana dimasak separuh masak pulutnya, bila makan akan rasa crunchy pulut itu sedikit dan agak melekit disebabkan gula melaka dan santan.
Resepi pulut wajik dikongsi oleh Saiful Nasuha dan resepi pulut wajik merupakan makanan traditional tapi masih diminati sehingga sekarang.
RESEPI PULUT WAJIK
Pulut wajik tidak perlu dimasak terlalu lama seperti ketupat atau pulut biasa, sebab pulut wajik akan dimasak kurang masak dan masih lagi ada rasa pulut yang keras-keras.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1/2 kg beras pulut susu
- Santan kurang sedikit daripada 1/2 kg (agak-agak secukup lemak)
- 2 cup gula merah
- 1/2 cup gula pasir
- Secubit garam
- Daun pandan 2 helai
CARA-CARA PENYEDIAAN PULUT WAJIK
▶️ Rendam dahulu beras pulut 2-3jam.
▶️ Kukus beras pulut bersama daun pandan sehingga masak dan sejukan.
▶️ Sementara itu, masak gula merah dan tapis
▶️ Satukan kembali gula merah, gula pasir & secubit garam.
▶️ Masak sehingga mendidih.
▶️ Kemudian masukkan santan. Masak sehingga mendidih.
▶️ Masukkan pulut tadi dan kacau sebati sehingga pekat likat.
▶️ Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas, ratakan dan biarkan sejuk.
BACA JUGA : Resepi Sup Ikan Ala Thai. Sup Yang Sedap, Sekali Hirup Pasti Nak Lagi!
Bila dah sejuk baru potong kecil-kecil pulut wajik ni, makan pulak petang-petang sambil minum teh memang sedap sekali. Walaupun pulut wajik agak manis tetap sedap dimakan.
Pulut wajik teksturnya agak melekit jadi sebelum masukkan dalam bekas boleh letak sehelai plastik atau baking paper supaya bila dipotong senang untuk diambil.
Resepi pulut wajik senang untuk dibuat, buat lebih boleh bagi jiran-jiran merasa. Selamat mencuba!