Resepi Puding Caramel Super Lembut. Cara Nak Buat Mudah Je. Makan Time Sejuk Sedap Ni!

0 19,369

Pasti ramai yang suka makan puding caramel, rasanya yang manis, lembut dan lemak ini membuat ramai yang menyukainya. Cara membuat Puding Caramel pun tidak susah cuma perlukan teknik sedikit.

Pernah tak ibu-ibu cuba buat puding caramel tapi tidak menjadi? Kadang-kadang caramel hangit dan menjadi pahit, puding yang dimasak sekejap sangat sehingga puding tidak mengeras dan macam-macam lagi.

Tidak dinafikan puding caramel ini memang sedap dimakan tambah lagi kalau yang dah disejukkan di dalam peti sejuk dan makan pula sejuk-sejuk memang sedap.

Untuk mendapatkan caramel yang cantik dan sempurna kena banyak bersabar dan ada caranya. Mungkin bagi ibu-ibu yang baru ingin mencuba akan rasa agak rumit sedikit.

Perkosian resepi puding caramel oleh Juman Islam, hasil dari resepi beliau sangat elok sekali. Resepi yang disediakan pun agak mudah untuk dibuat.

 

RESEPI PUDING CARAMEL

Untuk mendapatkan hasil caramel yang sempurna kena pastikan api tidak terlalu besar dan gula yang dimasak tidak terlalu lama. Semakin hitam gula caramel semakin pahit rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan caramel :
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air panas

 

CARA-CARA PENYEDIAAN CARAMEL :

▶️ Masak gula menggunakan api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan.

▶️ Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati-hati nanti akan meletup @ merecik)

▶️ Kemudian, tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.

 

Bahan-bahan untuk puding :
  • 6 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 tin susu cair @ sejat
  • 1/3 tin susu pekat
  • 1/4 cawan air masak

CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING CARAMEL:

▶️ Mula-mula, masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang caramel.

▶️ Kemudian, Kukus 20-30 minit

▶️ Apabila dah masak, pastikan puding ni betul-betul sejuk sebelum keluarkn daripada loyang.

 

BACA JUGA : Resepi Gulai Tumis Darat Ikan Talang Masin, Masakan Dulu-Dulu Yang Sedap!

 

Nampak tak hasilnya, pasti ada yang dah tak sabar nak makan puding caramel yang super lembut ni. Betul-betul cukup rasa manis lemak berkrimnya.
Pastikan puding betul-betul sejuk baru boleh terbalikan diatas pinggan ye. Jika puding tidak betul-betul sejuk, boleh menyebabkan puding caramel akan pecah.

Hidangan puding caramel yang ditunggu-tunggu bila siap masak, hasilnya pasti ibu-ibu puas hati bila puding caramel menjadi elok. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.