Resepi Puding Buih Berkuah Kastard Yang Mudah Dan Sedap. Memang Syok Dimakan Sejuk-Sejuk!
Resepi puding buih sedap dan mudah. Sesuai sangat untuk dihidangkan pada cuaca yang panas sebegini. Makan puding buih yang dihidangkan bersama sos kastard memang padu rasanya! Warna puding buih ni juga sangat menarik seperti buih-buih dilautan. Kalau buat untuk tetamu mesti menarik perhatian kan.
Puding buih ni teksturnya yang ringan dan lembut. Kalau dilihat cara membuatnya. Ianya berbeza sikit berbanding puding yang biasa kita masak. Untuk menghasilkan buih yang menjadi dan cantik, ada beberapa cara dan step yang perlu kita diambil kira. Kalau tak puding ni susah untuk menjadi dan tidak berbuih seperti yang kita nak.
Bahan yang digunakan dalam menghasilkan puding buih tidak renyah. Boleh didapati didapur anda sahaja. Cara nak menyatukan bahan adunan dan bancuhan agar-agar. Nampak macam rumit kan. Tapi sebenarnya mudah je nak buat. Janji mengikut cara yang betul satu persatu.
Nak menikmati puding buih yang cantik ni, paling sedap kalau ada kuah sos kastardnya sekali. Barulah bertambah sedap, manis dan menyelerakan. Hidangan ni bertambah marvelous bila makan waktu sejuk-sejuk. Memang syok je lalu ditekak anda.
Kalau anda nak cuba resepi ni puding buih yang menarik ni boleh lihat perkongsian daripada Cik Puan Shai Anne Ahemed dilaman facebooknya. Boleh buat hidangan yang menarik dan menyegarkan ni untuk anak-anak dan tetamu nanti. Confirm berselera mereka makan nanti. Yang pasti follow je step by step yang dikongsikan ni.
RESEPI PUDING BUIH BERKUAH
Dalam menyediakan puding buih ni, anda boleh je guna pelbagai acuan yang anda suka. Janji puding tu mudah dan senang untuk dihidangkan. Simple kan. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencubanya. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 bungkus agar-agar tali (30gm)
- 1500 ml air putih
- 1/4 cawan gula
- 6 biji putih telur
- 5 biji kuning telur
- 1 sudu vanilla
- Pewarna
- Daun pandan
Bahan sos kastard :
- 1 tin susu sejat
- 1 tin Air (boleh guna tin susu tadi )
- Serbuk kastard
- 1 biji merah telur
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh vanilla
CARA PENYEDIAAN PUDING BUIH BERKUAH KASTARD :
▶️ Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih. Kemudian sejukkan.
▶️ Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum. Kacau sehingga menjadi kembang dan meringue.
▶️ Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
▶️ Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer. Mixer je perlahan-lahan.
▶️ Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar). Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas.
▶️ Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih.
▶️ Sejukkan puding di dalam peti ais. Makan sejuk memang syok.
▶️ Sementara tu, buat kuah sos kastard pula. Larutkan custard didalam air terlebih dahulu.
▶️ Kemudian, masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
▶️ Pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan.
▶️ Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk.
BACA JUGA: Resepi Kentang Bakar Dengan Topping Daging Dan Cheese Leleh. Hidangan Yang Bikin Anda Ketagih!
Tada! Dah siap! Memang sangat cantik hasilnya. Kalau buat sendiri memang puas hati. Puding buih ni nak makan begitu saja pun boleh. Memang dah cukup sedap dah. Janji dimakan waktu sejuk. Namun apatah lagi dihidangkan bersama sos kastard ni. Confirm lah bertambah padulah rasanya. Cuba sekali pasti repeat lagi.
Kalau nak sesuatu yang sedap dan menyegarkan untuk dihidangkan pada keluarga anda. Memang sesuai sangat lah dihidangkan puding buih ni. Selain warna puding ni warna biru anda juga boleh mempelbagai warna seperti merah, hijau atau kuning mengikut citarasa masing-masing.
Cara membuatnya pun simple je sebenarnya asalkan ikut tips yang betul. Bila ikut tips dan step yang betul hasilnya nanti pasti anda akan puas hati. Lepas ni dah tak susah dah kalau nak buat save je dulu resepi ni, kalau teringin nak buat boleh rujuk balik. Semoga dengan perkongsian resepi puding buih sos kastard ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!