Resepi Laksa Utara Simple Menggunakan Sardin Tin. Mudah Dan Cepat Dibuat Dengan Menggunakan Sardin Tin!
Famous betul laksa sekarang ni, perang laksa tak habis-habis lagi. Apa-apa jenis laksa pun sedap dimakan. Hari ini kami nak kongsi satu Resepi Laksa Utara Simple dengan menggunakan sardin dalam tin je.
Biasanya nak masak laksa kena beli ikan, pastu kena bersiang lagi rebus lagi. Banyak step nak siapkan ikan sahaja, belum lagi nak masak kuah laksa. Sekarang dah mudah Beli je sardin tin balik blend sahaja.
Rasa pun sedap bila guna sardin dalam tin ni, sapa kata tak sedap kena cuba dulu baru tahu sedap ke tidak. Kesedapan laksa tu bergantung pada kuah yang kita masak dan cara masaknya.
Guna ikan apa pun kalau salah cara tetap tak sedap juga. Bila guna ikan sardin dalam tin kuah akan rasa masam-masam manis sos sardin tu, jadi lagi sedap. Kalau dah pernah cuba mesti tahu kesedapannya macam mana.
Resepi Laksa utara simple telah dikongsi oleh Noratiqah Nordin, resepi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja yang tiada masa tapi ingin masak untuk family boleh try resepi laksa utara simple ni, lebih menjimatkan masa.
RESEPI LAKSA UTARA SIMPLE
Untuk kuah laksa penggunaan ikan yang fresh memang akan menyedapkan lagi kuah dengan rasa manis dari isi ikan itu sendiri. Tapi untuk lebih menjimatkan masa boleh gunakan sardine dalam tin, tak kisah brand apa sebab rasanya tetap sedap nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 tin besar sardin
- 1 tin kecil sardin
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 2 ketul kiub ikan bilis
- 2 senduk cili kering ( dikisar )
- 2 bunga kantan
- 3 ikat daun kesum
- 4 keping asam keping yang besar
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN LAKSA UTARA SIMPLE
▶️ Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan sardin tin besar.
▶️ Sardin tin kecil hancurkan sahaja, tak perlu kisar.
▶️ Selepas itu, bahan kisar tadi masukkan ke dalam periuk.
▶️ Masukkan cili kering yang dah dikisar 3 senduk dan masukkan air ikut kepekatan yang diingini.
▶️ Seterusnya, masukkan sardine hancur kasan 1 tin kecil dan letakkan 2 ketul kiub ikan bilis. Kacau sekejap.
▶️ Kemudian, masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
BACA JUGA : Resepi Lontong Goreng. Hidangan Dari Johor Yang Enak Dan Mudah Dibuat!
Fuh! Bau semerbak je kuah laksa ni, walaupun guna sardin dalam tin je. Rasa sangat sedap dah macam makan laksa kopitiam dah. Aroma daun kesum dan bunga kantan menaikkan lagi rasa sedap kuah laksa.
Kuah laksa nak guna sardin jenama apa pun boleh, tapi ada yang lebih suka guna ikan fresh dari sardin tin. Sardine tin akan membuatkan kuah lagi sedap dengan rasa masam manis sos tomato dalam sardin tu.
Resepi laksa simple menggunakan ikan sardin dalam tin ini memang menjimatkan masa ibu-ibu yang bekerja dan mengejar masa. Ini cara mudah dan cepat nak buat kuah laksa. Selamat mencuba!