Resepi Kuih Lapis Ubi Kayu Atau Talam Ubi Kayu. Hidangan Yang Simple Namun Memikat Selera!

0 1,482

Tergoda bila tengok kuih ni banyak kat wall facebook. Tekstur yang lembut dan berlemak manis sangat sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut. Pada penggemar ubi kayu jangan lepas peluang untuk mencuba kuih ni. Resepi kuih lapis ubi kayu yang simple dan sedap ini sesuai dijadikan santapan minum petang anda.

Kuih ini juga ada dipanggil kuih talam ubi kayu kerana tekstur dan rasanya yang hampir sama. Hidangan yang simple ini juga sesuai untuk dihidangkan untuk majlis keramaian. Walaupun ianya kuih tradisional namun tekstur yang lembut, berwarna warni dan kenyal seperti talam ni pasti ramai yang menyukainya.

Dengan salutan kelapa parut muda menjadikan hidangan ini lagi bertambah menggoda. Kuih lapis ubi kayu ni mempunyai aroma yang sangat wangi dari vanila. Bukan setakat haruman ubi kayu je. Bila dimasuk ke dalam mulut nikmatnya tidak terkata.

Cara penyediaan kuih lapis ubi kayu keakan sama dengan penyediaan kuih lapis pink putih yang biasa orang buat. Bahagian aduanan dibahagikan kepada 3 bahagian dan ikut pilihan warna masing-masing. Setiap bahagian akan dikukus berasing selama 10 minit. Setelah kuih betul-betul sejuk baru dipotong dan salut dengan kelapa muda.

Senangkan cara nya, yang baru nak mencuba anda boleh follow resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Malina Lina Pg. Terima Kasih kerana sudi berkongsi resepi yang istimewa ini. Hanya menggunakan 5 bahan asas je hasilnya pasti anda akan puas hati.

 

RESEPI KUIH LAPIS UBI KAYU 

Resepi ni menggunakan 1 kilo ubi kayu yang disagat. Digalakkan gunakan loyang yang bersiz 8 untuk dapat hasil kuih lapis yang tebal. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu perstu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi kuih lapis ini.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • 1 kg ubi kayu parut
  • 200 gm @1 cawan gula pasir
  • 300 ml santan (fresh)
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu garam
CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS UBI KAYU :

▶️ Satukan semua bahan-sama tadi dan kacau hingga sebati.

▶️ Bahagia adunan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut pilihan masing-masing. Guna kaler hijau epal, kuning lemon dan pink.

▶️ Sapu acuan dengan sedikit minyak (loyang 8 x 8″) Supaya senang dikeluarkan bila masak nanti. Kalau alas plastik lagi mudah kerja kita.

▶️ Kukus lapisan pertama iaitu hijau selama 10 minit. Diikuti lapisan kuning 10 minit dan lapisan pink 30 minit guna api sederhana. Biarkan betul² sejuk baru dipotong ya.

▶️ Gaulkan ke dalam kelapa muda yang dicampur sedikit garam. Kukus kelapa 5 minit supaya tahan lama.
Salutan kelapa muda menambahkan lagi keenakan kuih ini.

▶️ Sedia utk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Udang Kari Panang Thai Yang Simple Dan Sedap. Tanpa Menggunakan Sebuk Kari Tapi Rasa Pasti Terangkat!

 

Tada dah dah siap! Sangat cantik kejadian kuih ini. Bila dimakan rasa lemak manisnya. Kelapa yang dikukus dan ditaburkan sedikit garam. Dapat menaikkan selera untuk makan. Kuih ni jugak boleh dihidangkan dengan kopi panas. Perhh mesti terangkat!

Kalau dan tak idea untuk hidangkan minum petang boleh sajikan hidangan pada keluarga. Nak hidang pada mak ayah pun boleh lagi mereka suka makan kuih tradisional ini. Rasannya manis, dan lemak masim santan secukup rasa.

Semoga dengan perkongsian resepi kuih lapis ubi kayu ini dapat memberi anda manfaat dan anda juga boleh share juga resepi ini kepada kawan-kawan anda supaya sama-sama mendapat manfaat yang sama. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.