Resepi Kuih Akok Kedut Pandan Lemak Manis. Cara Nak Buat Pon Mudah Confirm Jadi!

0 4,376

Bila tiba bulan puasa je mesti ramai antara kita terbayang juadah kuih muih yang sedap. Pelbagai jenis kuih muih dan lauk pauk dijual di bazaar Ramadan.  Kalau di Kelantan kuih yang femez adalah kuih akok .Siapa yang tak pernah cuba kuih akok pandan ni wajib cuba.

Rasa Kuih akok kedut pandan yang lemak manis dengan wangi bau pandan lagi boleh menambat hati siapa saja. Makan masa panas mesti tak cukup sebijik sebab sedap sangat.

Sekarang ni dah tak perlu tunggu pergi Kelantan dulu nak makan akok, dah boleh buat sendiri kat rumah. Bila buat sendiri boleh ikut cita rasa sendiri nak manis ke kurang manis ke, boleh ikut cita rasa kita kan. Baru puas hati bila makan.

Mengikut resepi kuih akok kedut pandan dari big note channel ni mudah je. Tidak perlu nak guna arang dan acuan akok, resepi akok pon senang nak buat cuma bland je semua bahan dah dapat adunan yang sebati untuk akok.

Tapi tahu tak akok boleh dimasak dalam oven, mudah sanggat cuma perlu guna tray muffin untuk acuan akok. Dah tak perlu nak hidupkan arang tempurung dah.

 

RESEPI KUIH AKOK KEDUT PANDAN

Nak tips akok tidak keras, jangan letak tepung terlampau banyak. Akok yang adunan tepung banyak akan hasilkan akok yang tidak lembut dan agak keras, jadi rasa lemak pada akok akan jadi kurang sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 200ml santan
  • 8 biji telur
  • 100g gula melaka
  • 100ml air
  • 2 sb gula
  • 10 helai daun pandan
  • 1/2 cwn tepung sebaguna
  • Blender
  • Penapis
  • Tray muffin
  • Minyak

CARA- CARA PENYEDIAAN KUIH AKOK PANDAN :

▶️ Mula-mula rendam gula melaka didalam 100ml air. Bagi gula melaka lembut bila diblend.

▶️ Sediakan blender, masukkan santan Dan telur.

▶️ Seterusnya, masukkan gula melaka yang direndam tadi.

▶️ Kemudian, masukkan daun pandan yang dipotong kecil-kecil.

▶️ Akhir sekali masukkan tepung serbaguna kedalam blender.

▶️ Blender semua bahan sehingga sebati.

▶️ Kemudian, tapis semua adunan akok tadi, untuk buang pati daun pandan tadi.

▶️ Panaskan oven 170°c

▶️ Perlu diingat, tray muffin perlu disapu minyak terlebih dahulu supaya adunan tidak melekat nanti.

▶️ Masukkan adunan kedalam tray muffin tapi jangan sampai penuh Dan bakar selama 20 minit

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Lapis Sedap. Setiap Gigitan Terasa Lemak Manisnya!

 

Jangan terkejut apabila tengok Adunan akok mengembang ketika dibakar dan akan mengecut dan berkedut apabila kuih akok sudah disejukkan. Boleh bau wangi satu rumah kesedapan akok semasa dibakar dah buat meleleh air liur!

Kuih akok juga boleh dibakar diatas dapur dengan menggunakan bekas adunan bauhulu atau akok dan perlu ditutup dengan tudung periuk, dan kuih akok juga perlu diterbalikkan supaya sebelah atas akan masak garing sekali.

Akok Yang sedap apabila tekstur akok tidak keras dan rasa lemak manisnya cukup. Resepi Kuih Akok Pandan yang senang dan mudah untuk dibuat dirumah sanggat sesuai  untuk dijamu semasa minum petang dan berbuka puasa. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.