Resepi Kek Sarang Semut, Ada Cara Untuk Mendapatkan Kek Yang Berlubang Dan Kenyal!
Kek gula hangus atau dikenali juga dengan kek sarang semut. Kek ini dipanggil begitu disebabkan oleh dalamnya berlubang-lubang seperti sarang semut. Resepi Kek Sarang Semut yang mudah, perlu tahu cara untuk mendapatkan kek yang berlubang seperti sarang semut.
Bagi membuat kek ini perlu dimasak gula hangus terlebih dahulu, bahagian ini salah satu langkah yang rumit untuk dibuat. Tapi bila dapat buat pasti akan seronok. Jangan bagi caramel terlebih hangit pula nanti kek akan terasa pahit dan hangit.
Kalau dulu sangat tidak suka rasa kek ini, rasanya yang pahit dan kadang-kadang rasanya ada rasa hangit membuatkan rasa tidak gemar makan kek ini. Tapi sekarang sudah rasa suka pula dengan rasanya, walaupun ada pahit-pahit sedikit.
Benda yang paling seronok apabila berjaya buat kek ini, bila dipotong keknya berlubang-lubang seperti sarang semut dan tekstur keknya kenyal bila ditekan. Kalau kek tidak berlubang maknanya pasti ada salah cara semasa membuatnya.
Walaupun kek ini simple, tapi sedap bila dibuat untuk minum petang. Kalau ada orang-orang tua pasti mereka sukakan kek ini, yelah! kek ini salah satu kek legend jugak. Resepi kek sarang semut ini dikongsi oleh Khairul Hasrol.
RESEPI KEK SARANG SEMUT
Sebelum dibakar adunan kek perlu diperap terlebih dahulu, ini salah satu tips untuk mendapatkan tekstur kek yang berlubang-lubang seperti sarang semut. Perap selama satu jam, jangan derhaka bahagian ini, nanti tidak menjadi pula.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan butter/marjerin
- 4 biji telur (sy pkai gred b)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK SARANG SEMUT
▶️ Mula-mula masak gula sehingga keperangan. (jangan smpai hangus) Selepas itu, masukkan air panas.
▶️ Masukkan butter, sejukkan dan ketepikan.
▶️ Didalam bekas yang lain, satukan telur, susu pekat manis dan esen vanilla (kacau-kacau manja, tak perlu pukul lebih-lebih)
▶️ Seterusnya, masukkan tepung sedikit demi sedikit (yang ni pun kacau-kacau manja jugak)
▶️ Kemudian, masukkan gula hangus tadi. Kacau sebati.
▶️ Perap adunan selama 1 jam
▶️ Bakar pd suhu 170-180 degree celcius selama 45-50 minit atau sehingga kek masak.
BACA JUGA : Resepi Maxican Bun Ala Rotiboy, Roti Yang Manis Dengan Topping Coffee Dan Inti Butter!
Kek ini jarang budak-budak sukakannya, tapi ramai orang-orang tua suka makan kek ini. Nampak simple tapi rumit juga untuk membuatnya, kalau silap cara tak menjadi lubang-lubang pada kek tersebut.
Adunan kek ini tidak perlu untuk kacau beria, tak perlupun guna mixer untuk sebatikan adunan. Hanya kacau menggunakan senduk sahaja dan kacau secara perlahan. Cara untuk potong kek pula, kena potong secara melintang barulah akan dapat kek yang berlubang cantik.
Resepi kek sarang semut ini, jarang orang buatnya kerana rumit pada bahagian untuk mendapatkan lubang-lubang pada kek. Tapi bila dah tahu cara pasti akan puas hati dengan hasilnya. Boleh cuba resepi ini dan follow tips yang sudah diberikan!