Resepi Butir Nangka Bersama Pisang Yang Berlemak Manis. Sesuai Untuk Hidangan Minum Petang Anda!
Resepi butir nangka pisang ialah sejenis hidangan yang sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut. Menu ni adalah menu tradisi orang pantai timur. Hidangan ni lagi bertambah sedap bila dicampurkan sekali dengan buah pisang ragum. Tapi sebenarnya bahan yang paling penting ialah halba kerana ianya memberikan rasa yang sangat unik kepada hidangan ni.
Untuk resepi ni hanya mengunakan gula pasir sahaja. Tapi boleh juga jika nak masukkan nisan atau gula melaka di dalam kuahnya dan warna kuah akan bertukar menjadi sedikit perang. Resepi butir nangka menggunakan adunan tepung pulut yang digentelkan menjadi bentuk macam biji buah nangka.
Menariknya butir nangka ialah warna yang berwarna warni memang nampak unik dan menarik sekali. Kalau orang dulu-dulu buah butir nangka dan siap gentel adunan tepung terus masukkan je dalam periuk tanpa letakkan pewarna pun. Tapi jika nak nampak menarik boleh letakkan perwarna.
Cara penyediaan resepi butir nangka ni sangat mudah. Dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Anda pun boleh cubanya dirumah nanti. Rasanya manis dan berlemak. Bila digigit terasa kenyal dan lembut butir nangka tu. Lagi sedap rasanya bila makan bersama pisang. Kombinasi yang sangat sedap. Bila dimakan bersama kuah yang berlemak tu memang nikmatnya tak terkata.
Hidangkan yang simple ni dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Yat Muhamad. Anda boleh je follow resepi yang dikongsikan ni. Kalau buat sendiri kat rumah. Boleh buat banyak-banyak. Nak bagi pada jiran-jiran rasa pun. Pasti mereka akan suka.
RESEPI BUTIR NANGKA DAN PISANG
Selain rasa yang sedap. Aroma halba dan daun pandan juga dapat membangkitkan selera anda. Wah menarikkan hidangan ni. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana resepi ni disediakan.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 250g tepung pulut
- 1 cawan air garam + gula
- Pewarna makanan
- Santan kara
- Daun pandan
- Gula pasir
- Garam
- 2 biji pisang masak
- Gula melaka (Pilihan kalau suka kaler gelap sikit)
- Halba (pilihan)
CARA PENYEDIAAN BUTIR NANGKA PISANG :
▶️ Masukkan tepung pulut dalam besen atau mangkuk besar. Tuangkan sedikit demi sikit air garam dan gula ke dalamnya sambil uli-uli tepung.
▶️ Kalau adunan keras boleh tambahkan sikit lagi air. Kalau terlampau lembik boleh masukkan tepung. Uli sampai adunan tidak melekat di tangan.
▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letakkan apa-apa pewarna yang anda suka.
▶️ Bentukkan doh menjadi macam ni. Campur-campur warna supaya lebih cantik.
▶️ Didihkan air dalam periuk dan masukkan kesemua butir nangka.
▶️ Lepas dan terapung, angkat. Kemudian toskan.
▶️ Rendamkan sekejap dalam air sejuk. Bagi ia tak melekat.
▶️ Dalam periuk, masukkan sikit air dan panas bersama dengan gula/gula merah dan juga daun pandan yang disimpul. Kacau sehingga mencair.
▶️ Kemudian masukkan santan. Kacau lagi. Masukkan butir nangka tadi dan juga pisang yang telah dihiris.
▶️ Perasakan dengan garam sikit untuk tambah lagi lemak. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Kek Buah Legend Yang Moist Dan Sedap. Nak Buat Pun Kejap Je!
Wah! Simple je nak buat hidang pemanis mulut ni kan. Lepas ni kalau takde idea nak masak apa untuk hidangan minum petang yang santai dengan keluarga boleh hidangan resepi butir nangka bersama pisang. Pasti suami dan anak-anak anda akan suka. Cukup dengan rasa manis, lemak dan beraroma.
Bab-bab mengetel ni boleh je anak-anak bantu sekali pasti mereka suka. Hidangkan butir nangka ni selain dihidangkan pada keluarga boleh juga sajikan pada tetamu. Nak buat untuk majlis rumah terbuka dan majlis keramaian yang pun boleh. Menu yang simple dan tidak susah untuk membuatnya.
Sekali makan pasti akan repeat lagi. Hidangan yang sedap ni memang rugilah kau anda tak mencubanya. Semoga dengan perkongsian resepi butir nangka dan pisang ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!