Kalau di tempat kita bubur nasi ayam biasanya dimakan dengan sup, setiap tempat berbeza cara masak bubur nasi ni. Tapi hari ni, bukan nak share bubur nasi yang selalu kita makan tu. Resepi Bubur Nasi Ayam Champ Kemboja sangat sedap dan mudah untuk dibuat.
Kalau di utara bubur nasi dipanggil moi sup, kat Kelantan dipanggil nasi air. Walaupun panggilan berbeza tapi sebenarnya bubur nasi je. Cara penyediaan dan rasa bubur nasi berbeza mengikut tempat.
Bubur nasi ayam champ kemboja ni telah dikongsi oleh Sofia Abdul Halil, resepi ini amat ringkas tapi cara masaknya yang berbeza sedikit dari bubur nasi yang lain.
Bubur nasi kalau makan semasa deman atau tidak ada selera sangat sedap sekali. Bila tak sihat makanan ini jelah yang mampu ditelan. Tapi bubur nasi bukan sahaja untuk dimakan ketika sakit je, makan ketika minum petang pun sedap juga.
Bubur nasi sedap dihidangkan ketika masih panas, dimakan pula dengan isi ayam dan taburan daun bawang dan bawang goreng memang terangkat habis.
RESEPI BUBUR NASI AYAM CHAMP KEMBOJA
Nak mereneh nasi hingga jadi bubur memang makan masa sedikit, kalau ada periuk noxxa atau periuk high pressure cepat sedikit nasi nak pecah halus. Tekan dan tunggu sahaja tak perlu nak kacau-kacau dah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1/2 ekor ayam
- 1cawan lebih sikit beras
- 3 inci halia ( diketuk )
- Air ikut keperluan
- 5 ulas bawang merah ( ditumbuk )
- 4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 5 ulas lobak masin ( dihiris )
- 1/2 genggam udang kering
Hiasan:
- Lada hitam tumbuk halus
- Cili api tumbuk campur sikit cuka
- Tauge
- Daun bawang
- Daun ketumbar jawa
- Taucu
CARA-CARA PENYEDIAAN BUBUR NASI AYAM CHAMP KEMBOJA
▶️ Mula-mula didihkan air, setelah didih masukkan halia yang diketuk biarkn mendidih sebentar baru masukkan ayam.
▶️ Tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan beras,udang kering,lobak masin gaul sebati sebentar.
▶️ Setelah ayam dah empuk keluarkan dan sejukkan baru dicarik-carik isinya.
▶️ Selepas itu, masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam air rebus ayam, masak sampai jadi bubur.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.
▶️ Boleh lebihkan air jika ingin bubur yang berkuah.
▶️ Hidangkan bersama bahan-bahan hiasan.
BACA JUGA : Resepi Kuih Apam Kampung Gula Melaka. Kuih Orang Dulu-Dulu Yang Enak Dan Lembut Dimakan !
Setelah siap boleh letak bahan-bahan hiasan diatas bubur sebelum makan. Boleh juga makan dengan cakoi atau mee tiaw. Kalau nak pedas boleh taburkan cili merah potong diatasnya.
Dapat makan ni petang-petang memang syok betul. Biasa makan kuih je, kali ni buat lain sedikit dengan makan bubur nasi ayam champ Kemboja ni. Rasa pon dah lain dari bubur nasi biasa yang kita makan dengan sup tu.
Resepi bubur nasi ayam champ Kemboja ni mudah sahaja untuk dibuat, dan juga sedap bila dimakan dengan cakoi. Kalau ibu-ibu belum pernah lagi rasa bubur nasi versi kemboja ni bolehlah mencubanya.
