Resepi Biskut Suji Badam Yang Simple Dan Sedap. Hanya Menggunakan 4 Bahan, Rasanya Rangup Dan Gebu!

0 1,470

Biskut suji badam merupakan biskut legend dan wajib dihidangkan pada hari raya. Rasanya yang sedap, gebu dan rangup memang menjadi kegemaran semua orang. Bila makan tak cepat muak. Walaupun bukan musim peraya anda boleh je buat sebagai kudapan bersama keluarga. Resepi biskut suji badam mudah dan simple wajib anda cuba.

Hanya menggunakan 4 bahan sahaja dapat hasilkan biskut yang sedap, gebu dan yang paling best ianya cair dimulut. Pada yang penggemar kekacang, anda pasti jatuh cinta dengan resepi biskut suji badam ni. Sangat rangup semasa digigit.

Gabungan serbuk badam dengan minyak sapi @ghee memang gerenti memang bertambah padu. Rasanya akan lebih berlemak dan rangup. Ada yang tanya boleh ke gantikan minyak sapi dengan butter. Sebenarnya tak digalakkan sebab tekstur dan rasa kedua-dua bahan mungkin ada sedikit berbeza. Tapi ianya terpulang pada selera masing.

Selain tu, biskut suji badam ni kalau layan depan tv tak sedar sebalang dah habis. Mahu taknya rasa yang lemak berkrim dan lembut membuatkan anda tak sedar. Selain bahan yang digunakan simple malah cara penyediaan juga mudah. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Pasti mereka seronok.

Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hazlita Ita dalam laman facebooknya. Fuhh ringkas sungguh bahannya. Kalau nak beli sebalang, 50 keping aje mahu sampai RM20 nih. Ada jugak yang jual RM30 , perrgh boleh tahan jugak harganya kan. Buat sendiri lagi puas hati.

 

RESEPI BISKUT SUJI BADAM

Yang baru nak belajar buat amat penting untuk kita ikut setiap sukatan bahan dan step untuk membuatnya. Orang kata jangan derhaka pada resepi dan tips. Sebab kalau tersilap langkah, biskut boleh jadi tak ragup, terlampau keras, dan tak rapuh.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • 500g tepung gandum
  • 150g gula pasir dikisar halus
  • 200g minyak sapi
  • 50g kacang badam dikisar halus
CARA PENYEDIAAN BISKUT SUJI BADAM :

▶️ Mula-mula satu kan gula pasir kisar atau gula aising dengan minyak sapi.

 

▶️ Gaulkan sehingga sebati dan agak creamy. Pakai hand whisker atau senduk pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan badam yang dah dikisar halus. Gaul sekata.

▶️ Sehinggalah jadi doh yang lembut.

▶️ Canaikan aduan dan terakan. Jangan lupa alas dulang pembakar dengan baking paper.

▶️ Panaskan oven. Pada suhu 160’C dalam masa 10 minit sebelum bakar.

▶️ Lepas oven dah panas, masukkan adunan dan bakar pada suhu yang sama selama 30 minit(ikut oven masing-masing).

▶️ Dah siap, Boleh simpan dalam bekas kedap udara.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Mangga Sos Thai Super Nyummy. Hidangan Istimewa Ala Hotel!

 

Tada! Dah siap untuk dinikmati! Tengok rupa kejadian pun dah tau kesedapan dan keranggupannya. Sedap rasa biskut legend ni. Walaupun pelbagai jenis kuih dan biskut yang ada dipasaran. Namun biskut yang legend-legend macam ni lah yang menjadikan kesukaan orang ramai sampai sekarang.

Nak buat pun mudah je, tak perlukan mixer bagai. Bagi peminat kekacang mesti minat dan jatuh cinta dengan biskut ni. Sebab dari mula makan sampai habis memang rasa kacang je. Sebalang buat mesti cepat je licin. Lagi-lagi makan depan drama tv 7.

Semoga dengan perkongsian resepi biskut suji badam ni dapat memberi anda manfaat. Boleh save resepi ni kalau ada kelapangan boleh mencuba resepi ni. Hidangan yang simple dan sangat mudah. Rugi sangat kalau anda tidak mencubanya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.