Resepi Apam Susu Kukus Gebu Yang Teramat Lembut, Pembuatannya Tersangat Mudah!
Tengah pening pikir nak sedi a apa untuk minum petang ke? Apa kata cuba buat kuih apam. Bahan yang digunakan pun hanya bahan yang ada dirumah, boleh follow Resepi Apam Susu Kukus Gebus yang telah kami kongsikan ini.
Kalau sebut pasal apam, pasti terbayang kelembutan apam tersebut. Tekstur yang sangat ringan dan gebu memang sedap dimakan. Apam kukus susu menggunakan bahan-bahan yang sangat ringkas tapi hasilnya sangat lembut.
Nak mendapatkan hasil apam kukus yang lembut dan gebu, kena pastikan telur dipukul sehingga kembang dan menghasilkan buih-buih yang mengandungi ruang udara yang membantu apam tidak menjadi padat apabila dimasak.
Selain itu, penggunaan ovalette membantu mengekalkan tekstur kek supaya stabil walaupun selepas dimasak. Apam kalau dikukus jangan menggunakan api yang terlalu besar, tapi gunakan api yang sederhana supaya apam tidak merekah nanti.
Apam kukus memang sedap dimakan dan menjadi kegemaran ramai. Makan bila-bila masa pun tetap sedap. Resepi ini hasil daripada perkongsiaan saudari Juraidah Ab Rahman.
RESEPI APAM SUSU KUKUS GEBU
Tak susah untuk buat apam kukus ni, cuma mixkan sahaja bahan-bahan sehingga kembang. Kalau tak ada mixer, boleh guna blender untuk kembangkan telur dan bahan-bahan lain.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 4 biji telur
- 1 sudu besar ovalette
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan gula ( nak kurang manis boleh guna ¾ cawan )
- 2 cawan tepung gandum
CARA-CARA PENYEDIAAN APAM SUSU KUKUS GEBU
▶️ Mula-mula, mixkan semua bahan kecuali tepung sehingga kembang dan ringan.
▶️ Apabila adunan sudah kembang, baru masukkan tepung.
▶️ Selepas adunan sudah sebati rata, boleh asingkan dalam 3 atau 4 bekas untuk masukkan warna kegemaran.
▶️ Tuang dalam bekas dan kukus dalam air yang mendidih. Bila dah siap, boleh keluarkan nak makan.
BACA JUGA : Resepi Ayam Tumis Serai Yang Sedap Dan Pedas, Sangat Mudah Dengan Aroma Serai Yang Wangi!
Apam makanlah pada bila-bila masa pun tetap sedap, tekstur yang lembut dan gebu boleh buat tak puas makan. Dapat pula dicicah dengan air teh memang sedap dinikmati. Sesuai sangat untuk makan pada waktu petang.
Penggunaan loyang untuk apam kukus, boleh guna Loyang yang berbentuk atau acuan dalam bekas kecil-kecil. Kalau nak lagi cantik, guna acuan Loyang yang berbentuk atau bercorak.
Bukan setakat rasnya yang sedap, tapi mudah dibuat juga. Pasti ramai yang akan tertarik untuk mencuba walaupun kurang mahir dalam pembuatan kek ini. Jom cuba resepi apam susu kukus gebu ini,