Cara Masak Chee Cheong Fun Yang Sangat Mudah, Rasanya Sangat Enak Bila Dinikmati!

0 5,333

Chee cheong fun atau gulungan mee beras adalah hidangan kantonis masyarakat cina. Biasanya hidangan ini dihidang sebagai makanan sampingan seperti dim sum. Kali ini kami nak kongsikan Cara Masak Chee Cheong Fun.

Hidangan ini adalah gulungan lempeng nipis yang dibuat daripada kepingan lebar mee beras dan masak secara dikukus. Bila dilihat seperti kue teow pun ada, sebab bahan yang digunakan sama sahaja untuk untuk membuat kue teow cuma tidak mempunyai inti.

Dalam setiap gulungan chee cheong fun akan diisi dengan udang, daging lembu, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebelum digulung, bahan-bahan yang diisi akan dikukus sehingga masak terlebih dahulu dan digulung serta dipotong untuk dihidangkan.

Hidangan ini akan dimakan dengan kuah kicap berperisa, yang dicurahkan keatas gulungan chee cheong fun tadi. Biasanya gulungan cheonfun akan dipotong tiga bahagian sebelum diletakkan diatas pinggan.

Bagi mereka yang pernah merasai hidangan ini, pasti tahu kesedapannya macam mana. Biasanya hidangan ini boleh didapati dikedai sarapan masyarakat cina dan agak sukar yang dijumpai yang halal. Resepi ini telah dikongsi oleh Li Yow.

 

RESEPI CHEE CHEONG FUN

Lapisan chee cheong fun perlu dimasak senipis mungkin, sebab hidangan ini perlu diperlihatkan kulitnya yang lut sinar dan menampakkan isi didalamnya seperti kulit dim sum. Apabila dihidangkan perlu ada kuah kicap dan minyak lada untuk memakannya.

photo6251356338944847044.jpg (1080×809)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 cawan air

photo6251356338944847043.jpg (1080×810)

Bahan-bahan kuah kicap :
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 1/2 sudu besar gula

* Masakkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

 

CARA-CARA PENYEDIAAN CHEE CHEONG FUN

▶️ Campurkan tepung beras dan tepung jagung didalam satu bekas. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan kacau sebati.

photo6251356338944847040.jpg (1080×809)

▶️ Selepas itu, sediakan periuk pengukus dan tray besi. Oleskan sedikit minyak dikesemua permukaan tray.

photo6251356338944847041.jpg (1080×809)

▶️ Masukkan adunan tepung didalam tray, jangan terlalu banyak kerana adunan ini perlu dibuat senipis yang boleh.

photo6251356338944847042.jpg (1080×809)

▶️ Susun tiga ekor udang di bahagian bawah adunan, jarak-jarakkan.

▶️ Kemudian, kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang itu kecil adjust waktu kukusan.

▶️ Apabila sudah masak, angkat tray dan buang air berlebihan jika ada.

photo6251356338944847039.jpg (1080×809)

▶️ Start dari bawah, cedukkan sehingga udang tergulung dalam lapisan tersebut. Selepas itu, potong tiga bahagian dan siap dihidangkan dengan kuah.photo6251356338944847037.jpg (1080×809)

 

BACA JUGA : Resepi Daging Goreng Ranggup Disaluti Sos Masin Manis, Hidangan Sedap Yang Wajib Dicuba!

 

Senang sahaja rupanya nak buat masakan dari masyarakat cina ini, resepinya juga agak senang cuma perlukan teknik untuk mendapatkan lapisan adunan senipis yang boleh. Bila buat sendiri pasti puas dapat makan dan isi didalamnya boleh diisi dengan pelbagai bahan yang diingini.

82733.jpg (1200×800)

Untuk hidangkan chee cheong fun ini ada caranya, gulungan aduanan tadi perlu dipotong kepada tiga bahagian dan diletakkan dalam pinggan. Kuah kicap akan dicurahkan diatasnya apabila ingin dihidangkan, taburkan daun bawang dan bijan serta hidangkan sambal udang.

Kadang-kadang kita teringin nak rasa masakan masyarakat lain cuma agak susah untuk mencari yang halal. Tapi bila buat sendiri kebersihan dan halal sudah terjamin. Resepi chee cheong fun ini salah satu resepi yang wajib dicuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.