Cara Buat Popia Pisang Nutella Yang Mudah Dan Sedap, Buat Sikit Confirm Tak Cukuplah!

0 2,305

Tak susah pun nak buat popia pisang, sebab bahan yang digunakan pun sedikit dan tidak remeh untuk membuat. Kalau buat popia pisang ni memang tak boleh buat sikit, memang tak cukup, Resepi Popia Pisang Nutella ini sangat mudah dibuat.

Popia pisang sejak akhir-akhir ini menjadi femes disebabkan PKP, jadi rmai yang berada dirumah mencuba menu baru. Nak buat popia pisang tidak susah, bahannya pun sedikit sahaja diperlukan.

Bahan utama untuk membuat hidangan ini perlu ada kulit popia, pisang yang dah masak dan nutella. Kalau tidak ada nutella boleh guna sos coklat yang dibuat dengan coklat masakan atau apa toping coklat.

Rupanya popia pisang memang dah femes di Filipina sebagai pemanis mulut disana. Bukan sahaja pisang yang mereka gunakan, tapi cempedak, ubi keledek, mangga, dan parutan kelapa juga mereka gunakan.

Pada yang sudah bosan dengan pisang goreng bolehlah cuba resepi popia pisang ini, buat kelainan sedikit untuk hidangan keluarga. Resepi popia ini telah dikongsi oleh Noratiqah Nordin.

 

RESEPI POPIA PISANG NUTELLA

Biasa pisang yang digunakan ialah pisang berangan, sebab rasanya manis, mempunyai biji yang besar, tidak rasa kelat dan tawar. Kalau guna selain pisang berangan pastikan pisang yang digunakan pisang yang manis baru sesuai dengan hidangan yang kita nak buat ini.

photo6226394362682649490.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Kulit popia
  • Pisang berangan
  • Coklat rice ( optional )
  • Tepung dan air ( untuk dijadikan pelekat )
  • Nutella

photo6226394362682649497.jpg (960×720)

CARA-CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG NUTELLA

▶️ Mula-mula asingkan kepingan kulit popia, supaya senang untuk membalut nanti.

photo6226394362682649495.jpg (960×720)

▶️ Potong pisang kepada dua bahagian ( boleh sahaja kalau nak letak sebiji terus )

photo6226394362682649496.jpg (960×720)

▶️ Selepas itu, ambik sehelai kulit popia dan letakkan pisang ditengah hujung. Kemudian taburkan coklat rice ditengah.

photo6226394362682649491.jpg (960×720)

▶️ Gulung bagi kemas dan lekatkan dengan campuran tepung dan air, supaya coklat rice tidak terkeluar.

photo6226394362682649492.jpg (960×720)

▶️ Apabila siap mengulung, bolehlah di goreng dengan minyak yang banyak sehingga perang.

photo6226394362682649493.jpg (960×720)

▶️ Akhir sekali susun diatas pinggan dan drizzle nutella diatas popia. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Gulai Ketam Penang Style. Aroma Yang Memikat Sekali Makan Pasti Teringat-Ingat!

 

Ni kalau nampak kat budak-budak, tak boleh tinggal sekejap nanti tak sempat nak merasa habis mereka sapu dulu. Tambah pulak ada nutella lagi la mereka suka! Belum lagi letak topping yang lain ni.

7389228736654544.jpg (1200×800)

Popia pisang boleh letak pelbagai topping seperti milo, susu pekat, coklat chip, coklat putih dan macam-macam lagi mengikut kreativiti sendiri. Kalau buat aktiviti dengan anak-anak letak topping untuk popia pisang ni pasti seronok.

Resepi popia pisang nutella, salah satu pencuci mulut yang mudah dibuat dan cepat untuk ibu-ibu menyediakannya. Selain dari sedap, popia pisang ni memang disukai ramai kerana boleh dimakan dengan pelbagai topping!

Leave A Reply

Your email address will not be published.