Cara Buat Keropok Nasi Bawang Putih. Lebih Sedap Dan Mudah Untuk Dibuat Sendiri!

0 1,495

Kalau pernah makan keropok moni yang pernah femes sampai melekat lagu dia kat kepala, inilah cara buat keropok moni versi homemade. Cara Buat Keropok Nasi Bawang Putih menggunakan lebihan nasi jadi tak membazir lah.

Keropok memang sedap dijadikan kudapan, tak kira masa kita boleh makan. Kalau pergi tengok wayang orang akan makan popcorn, kalau tengok movie kat rumah keropok lah dijadikan kudapan.

Apa jenis keropok kalau dapat sebalang sekejap je habis. Orang kata kalau dah mengunyah memang tak boleh berhenti, tambah pulak keropok yang dibuat sendiri lagi sedap sebab ikut citarasa kita.

Lepas ni nasi yang lebih semalam dah tak perlu dibuang, sayang jika dibuang sebab macam-macam boleh buat bukan setakat buat nasi goreng je.

Resepi keropok nasi bawang ini telah dikongsi oleh Noriza Jaja di Facebook. Walaupun nak buat keropok agak makan masa tapi hasilnya pasti akan puas hati.

 

CARA BUAT KEROPOK NASI BAWANG PUTIH

Kebiasaan tepung ubi akan digunakan dalam membuat keropok kerana tepung ubi mempunyai proses mengentalkan makanan untuk tujuan pengeringan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 mangkuk kecil nasi (dibasuh atau rendam dgn air panassejam dan toskan)
  • Tepung ubi
  • Air utk mengisar
  • 4 ulas Bawang putih (kalo nk kuat rasa bwg putih bole lebihkan.
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa

 

CARA-CARA PENYEDIAAN KEROPOK NASI BAWANG PUTIH

▶️ Mula-mula kisar nasi dengan sedikit air ( jangan terlalu banyak ) kisar hingga halus.

▶️ Selepas itu, masukkan bawang putih dan kiub ayam serta garam.kisar sehingga semuanya hancur.

▶️ Kemudian, letak nasi kisar kedalam mangkuk dan masukkan tepung ubi sikit-sikit dan uli hingga jadi doh.

▶️ Kemudian, doh dikepalkan panjang-panjang buat sampai habis

▶️ Rebus doh tadi sampai dia timbul. Itu tandanya dah masak dan rendam dalam air sekejap pastu toskan.


▶️ Seterusnya, warnakan doh dengan pewarna makanan dibahagian luar doh.

▶️ Sejukkan dalam peti ais semalaman sampai doh mengeras tapi boleh dihiris.


▶️ Akhir sekali, Potong nipis-nipis dan susun atas talam.

▶️ Kemudian, jemur sehari atau dua sehingga kering.

 

BACA JUGA : Cara Masak Laksa Utara. Memang Sedap Sehingga Tambah Banyak Kali!

 

Nampak warna-warnikan keropok nasi bawang putih ni, dah macam keropok moni. Dah kering bolehlah goreng untuk santapan anak-anak. Selebihnya boleh disimpan, bila nak makan baru goreng.
Bila buat sendiri kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan pun kita tahu dari sumber mana. Mestilah nak yang terbaik untuk keluarga kita.

Resepi keropok nasi bawang putih ibu-ibu boleh olah sendiri untuk variasikan perisanya mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.