Cara Buat Jeruk Pelam Muda. Kudapan Yang Mudah Tapi Sekejap Je Boleh Habis Kalau Tidak Disorok!

0 4,387

Sekarang ni musim buah pelam, kalau ada pokok sendiri pasti sekarang buah pelam duk menimbum je. Kalau tak tahu nak buat apa. Boleh la buat jeruk pelam. Resepi Jeruk Pelam Muda sangat mudah untuk dibuat.

Buah pelam muda bukan setakat sedap menyicah dengan garam belacan je, buat jeruk pun sedap. Ditambah pula dengan cili dan asam boi lagi membuatkan jeruk rasa lebih sedap. Makan sebalang laju je licin.

Pasti ramai yang tengah berair mulut tengok jeruk pelam muda ni. Letak sebekas penuh pun sekejap je hilang ni. Kalau semua kaki makan jeruk pasti sekelip mata je boleh habis.

Jeruk kalau dibuat sendiri lebih selamat berbanding dibeli dari keluaran kilang-kilang yang belum tentu dari segi keselamatan bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet pelam. Sebab itu bila Kita makan je akan jadi batuk-batuk.

Cara untuk buat jeruk pelam muda telah dikongsi oleh Roserosnah Rose, kalau ada buah pelam dirumah boleh cuba buat jeruk. Bauh pelam bila dibuat jeruk boleh disimpan sedikit lama.

 

RESEPI JERUK PELAM MUDA

Resepi jeruk pelam muda ni dibuat tanpa pengawet dan dapat bertahan agak lama  kalau diletakkan didalam peti ais. Jika disimpan diluar akan membuatkan jeruk ini mudah rosak dan berbuih.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Pelam muda
  • Garam
  • Gula
  • Asam boi
  • Cili
  • Air

CARA-CARA PENYEDIAAN JERUK PELAM MUDA

▶️  Mula-mula, basuh bersih buah pelam

▶️  Selepas itu, potong 4 atau ikut suka nk besar mana

▶️  Rendam dgn air kapur lebih kurang 15 minit( bg rangup). Toskan buang air kapur tadi dan cuci bersih

▶️  Kemudian, larutkan air garam dan tuang dalam bekas yang berisi buah pelam tadi, cukup sekadar bagi buah tu tenggelam

▶️  Simpan buah pelam yang direndam dengan air garam selama 24 jam.

▶️  Buang air garam dan toskan.

▶️  Masak air gula dan sejukkan baru tuang dalam bekas berisi pelam tadi, potong cili dan masukkan asam boi

▶️  Selesai proses tunggu 2 atau 3 hari baru lah boleh dinikmati jeruk pelam tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Mee Sup Tulang. Sedap Dimakan Dengan Sambal Kicap Pedas Yang Akan Membuatkan Makan Semangkuk Pun Tak Cukup!

 

Proses akhir ialah menunggu untuk mendapatkan jeruk pelam muda yang sedap. Kena tunggu pun tak apa, asal dapat makan jeruk pelam puas-puas. jangan pulak ada yang meleleh air liur tengok pelam jeruk ni. Kena tunggu betul-betul masak dulu baru sedap dimakan.Dapat makan yang ni memang tak toleh lain dah, mengadap petang-petang sambil tengok tv sekejap je boleh habis ni. Sekali buat kena buat banyak baru puas hati sebab kena tunggu 2 atau 3 hari sebelum dapat makan.

Resepi jeruk pelam muda sangat mudah untuk ibu-ibu follow, kalau jenis yang tak sabar memang susah juga nak follow resepi jeruk homemade ni. Bila kita dah buat jeruk homemade, nak bagi anak-anak makan pun rasa selamat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.