Resepi Biskut Red Pearl Ranggup Dan Sedap. Biskut Yang Mudah Dibuat Untuk Hari Raya!

0 4,814

Sebelum ni pernah buat biskut red pearl untuk hari raya, bila mak cik-mak cik datang rumah beraya makan biskut red pearl semua  cakap sedap. Kali ini kita kongsi Resepi Biskut Red Pearl yang mudah dibuat tapi tersangat sedap.

Asyik cakap biskut almond London dan biskut samperit je sedap, meh cuba dulu biskut red pearl ni. Pasti sekali masuk mulut dah jatuh hati kat biskut red pearl ni.

Walaupun biskut red pearl ni banyak bahan sikit kena masukkan dalam adunan untuk menjadi sebiji biskut red pearl ni, tapi percayalah biskut ni memang sedap dan tak rugi ibu-ibu cuba buat dirumah.

Biasa orang kata bila ada cornflakes dalam biskut akan buat biskut tu lagi sedap dan crunchy. Yup! Betul tu, kehadiran cornflakes memang akan buat biskut lagi sedap, jadi tak ada biskut tu rasa tepung je.

Biskut red pearl yang ranggup dan sedap ini telah dikongsi oleh Eka Zahra, Jom! Kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat biskut yang sedap ni.

 

RESEPI BISKUT RED PEARL

banyak bahan yang dicampur untuk dijadikan biskut red pearl ni seperti almond strips, cornflakes, ceri merah dan coklat cip. Tapi campuran bahan-bahan ini lah yang membuat biskut red pearl ini sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan :

(anggaran 30 pcs)

  • 150 grm butter (suhu bilik)
  • 75 grm gula castor
  • 150 grm tepung gandum
  • 50 grm corn flakes
  • 50 grm chocolate chips
  • 25 grm almond strips @ nibs (almond strips sangai sekejap)
  • 1 sdt esen vanilla
  • ceri merah dihiris memanjang atau dadu

 

CARA-CARA PENYEDIAAN BISKUT RED PEARL :

▶️ Mula-mula satukan butter dan gula castor. Gaul dengan senduk kayu je hingga sebati dan rata. JANGAN pukul hingga kembang nnti biskut jadi kembang dan leper selepas dibakar.

▶️ Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

▶️ Kemudin, masukkan corn flakes, chocolate chips, almond strips @ nibs dan esen vanila. Gaul semua hingga sebati dan rata.

▶️ Selepas itu, sudukan adunan ke atas dulang pembakar.

▶️ Letak hirisan ceri merah di atasnya.

▶️ Bakar suhu 170°C selama 20-25 mnt bergantung oven masing2.

▶️ Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

 

BACA JUGA : Resepi Mee Goreng Basah. Hidangan Yang Simple Dan Menyelerakan!

 

Ini lah hasil dari resepi yang kami share, nampak je biasa-biasa tapi bila makan rasanya luar biasa. Biskut ni bukan setakat boleh makan masa raya je, hari tak raya pun boleh jadi kudap-kudap.
Resepi biskut red pearl ini untuk anggaran 30 biji, ibu-ibu yang ingin buat lebih banyak kena lah gandakan bahan-bahan yang diberi.

Biskut red pearl ni sangat mudah dibuat tak perlu untuk membentuk kuih dengan acuan, cukup sahaja dengan menggunakan sudu. Selamat menkukkis ibu-ibu!

Leave A Reply

Your email address will not be published.