Resepi Biskut Almond London Yang Mudah. Kekal Rangup Walaupun Dimakan Sejuk!
Biskut almond London Salah satu biskut yang diminati ramai bila musim raya. Keenakan biskut ini pernah menjadi fenomena pada awal kemunculan sebelum ini. Resepi Biskut Almond London kali ini sangat mudah untuk dibuat.
Walaupun tahun ni suasana raya tak sama macam tahun-tahun sebelum ni, tapi tak salah kalau kita nak meriahkan suasana raya dengan menyediakan pelbagai biskut raya.
Biskut almond london rasanya sangat sedap, lemak, dan gebu ni, di celup pulak dalam cairan coklat dan ditabur badam panggan bakar kat atas biskut. Kalau makan tak menjilat jari memang tak sah.
Sekarang ini dah macam-macam versi biskut almod London ni untuk divariasikan seperti biskut almond London oreo, dwi coklat dan strawberry. Walaupun sudah divariasi, tapi yang lama jugak menjadi pilihan hati.
Biskut almond London bukan sahaja jadi kegemaran orang-orang dewasa, malah kanak-kanak pun suka. Resepi biskut almond london ni dikongsi oleh Fatin Rosli, resepi dari ibunya.
RESEPI BISKUT ALMOND LONDON
Sebelum ini biskut almond London tak sah kalau tak ada sebiji kacang badam dalam dalam biskut. Tapi sekarang biskut almod London banyak ditabur kacang badam diatas biskut sahaja. Jangan risau biskut ni tetap sedap walaupun tak ada kacang badam sebiji didalamnya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1 bancuhan ni dalam dalam 150-200 biji.
- 240gram butter ( lebih kurang seketul butter )
- 240gram gula halus
- 450gram tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Cooking choclate ( nak pakai yang BAR punya beli dekat kedai bakery pon boleh .Ada jugak yang guna beryls)
CARA PENYEDIAAN ALOMOND LONDON :
▶️ Gaulkan sebati butter gula halus & kuning telur + essen vanila hingga sebati .
▶️ Kemudian masukkan tepung gandum & baking powder.
▶️ Selepas itu, uli bagi sekata & adunan tak melekat pada tangan . Siap untuk dibentuk dengan isian Badam
▶️ Jangan bentuk besar sangat ! Kang jadi gedobot almond sebab dia akan kembang.
▶️ Bakar dalam oven suhu 150 darjah dalam 10-15 minit .
▶️ Sejukkan & celup choclate . Jangan lupa tabur badam cincang sebagai hiasan
▶️ Pastikan cooking choclate dicairkan dengan teknik double boiler ya !
▶️ Akhir sekali, taburkan badam cincang diatas coklat tadi.
BACA JUGA : Resepi Simple Mee Rebus Daging Utara. Sedap Dan Padu, Sekali Rasa Comfirm Terangkat!
Nah! Satu adunan je dapat banyak biskut almond London ni. Kalau macam ni memang puas makan la raya ni, tambah pulak biskut almond London ni dah memang sedap dan disukai ramai.
Bagi permulaan ibu-ibu yang pertama kali nak mencuba buat sendiri biskut almond London, boleh cuba buat separuh adunan dahulu dengan bahagikan bahan-bahan untuk buat biskut kepada separuh sahaja.
Ni kalau raya tak ada biskut almond London kat atas meja memang tak sah. Mesti kena Ada juga, biskut almond London salah satu biskut premium orang kata sebab ada kacang badam sebijik dalam tu. Resepi biskut almond london ni sekali cuba confirm menjadi. Selamat mencuba!