Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood Super Sedap, Seperti Makan Di Restaurant Mahal Dan Lebih Jimat Buat Sendiri!
Spaghetti ialah makanan femes dari Itali, macam-macam yang boleh dimasak menggunakan spaghetti, salah satu hidangan tempatan yang menggunakan spaghetti ialah laksa johor. resepi kali ini yang kami ingin kongsikan ialah Spaghetti Aglio Olio Seafood.
Terdapat pelbagai jenis spaghetti kalau kita tengok dipasaraya seperti spaghetti kasar, angle hair, fettucine, dan banyak lagi. Bentuk sahaja yang berbeza tapi rasanya sama sahaja. So, boleh la beli ikut kesukaan masing-masing.
Spaghetti sejenis mee yang dah dikeringkan dan perlu direbus terlebih dahulu bila ingin memasaknya. Pelbagai resepi spaghetti yang femes seperti aglio olio, bolognese, carbonara dan lain-lain lagi.
Spaghetti juga boleh digoreng dan juga dimakan dengan sup mengikut selera kita. Kebiasaan spaghetti akan dicampur dengan rempah dari itali seperti oregano, basil dan mix herb. Rempah-rempah ini akan memberi rasa dan aroma yang sedap pada spaghetti yang kita masak.
Untuk memasak spaghetti sangat mudah untuk dibuat, sebab itu bila masak sendiri lebih jimat berbanding beli dikedai. Resepi spaghetti aglio olio seafood ini telah dikongsi oleh Maya Miera, jom! kita tengok bahan-bahannya!
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD
Tips mendapatkan spaghetti yang sempurna dengan menggunakan air yang banyak dan tunggu sehingga mendidih baru masukkan garam dan spaghetti, jangan bagi spaghetti terlalu lembut bagi sedikit keras dan toskan. Cepat-cepat tuang sedikit minyak zaitun di atas spaghetti dan ratakan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 bungkus paghetti (rebus letak minyak + garam)
- Udang + sotong (goreng dan asingkan)
- 4-5 ulas bawang putih – slices
- Brokoli – rebus sekejap
- Cendawan -slices
- Tomato ceri
- Daun parsli
- 2-3 cili kering potong serong-serong
- 1/2 cawan air rebusan spaghetti
- 1 kiub ayam
- 2 sudu garam
- 1-2 sudu besar chili flakes
- 1 sudu lada hitam
- Oregano sikit
CARA-CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD
▶️ Mula-mula tumis bawang putih agak-agak garing.
▶️ Selepas itu, masukkan cendawan kacau sebati.
▶️ Kemudian, masukkan cili kering potong dan seafood yang dah digoreng.
▶️ Seterusnya, masukkan semua bahan-bahan kecuali spaghetti, kacau-kacau sedikit.
▶️ Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sampai sebati semua dan perasakan bagi secukup rasa.
BACA JUGA : Resepi Koktail Buah Segar Paling Mudah, Diminum Ketika Waktu Panas Memang Menyegarkan!
Sebenarnya mudah sangat nak masak spaghetti ni, kalau makan dikedai sepinggan dah lebih sepuluh ringgit. Buat sendiri boleh makan banyak dan lebih jimat. Puas hati bila dapat buat sendiri, seafood pun boleh letak banayak mana yang kita nak.
Resepi aglio olio ni bukan sahaja boleh dimasak dengan seafood, tapi boleh juga dimasak dengan daging, ayam, sosej dan bebola. Tapi yang paling sedap ialah aglio olio seafood lah, sebab rasa macam kena je masakan aglio olio ni dengan seafood.
Dalam banyak-banyak resepi spaghetti, resepi spaghetti aglio olio seafood ni paling mudah sahaja untuk dibuat dan cepat. Yang penting dalam masakan ini, ialah kena rebus spaghetti terlebih dahulu sebelum masak bumbunya. Jangan lupa untuk follow resepi ini!