Resepi Overnight Oats Yang Sedap Dan Berkhasiat. Makan Sejuk-Sejuk Memang Syok!
Kadang-kadang tengah malam pun terasa lapar. Tapi tak tahu nak makan apa? Apa kata anda cuba hidangan yang ringkas iaitu resepi overnight oats. Resepi tidak perlu dimasak. Malah, perlu disimpan di dalam peti sejuk sahaja! Jika anda mahu, anda juga boleh menambah topping seperti mentega kacang, granola dan banyak lagi. Pasti rasa overnight oats lebih padu!
Selain tu juga, makanan oats ni antara makanan yang sihat dan murah. Ianya juga bagus untuk diamalkan dalam diet anda kerana ianya mempunyai kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk kesihatan anda. Ianya dapat mengurangkan berat badan, mengawal kadar kolesterol serta melancarkan sistem pembuangan.
Cara penyediaan resepi ni juga mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya memerlukan buah -buahan yang sedar, susu dan bijian oats sahaja. Buahan tadi dicampurkan dengan oats dan seterusnya ditambahkan susu sehingga oats tenggelam. Biarlah semalaman sebab itu juga resepi ni dipanggil overnight oats.
Simpankan oats ni di dalam peti sejuk. Bila nak makan just keluarkan dan terus boleh dimakan. Tapi kalau nak buat banyak-banyak pun boleh. Dikatakan hidangan oats ni boleh bertahan di dalam peti sejuk selam 5 hari. Namun pastikan sediakan dalam bekas yang berasaingan senang untuk dimakan nanti.
Mungkin dek kerana rasanya yang agak tawar dan hambar. Anak-anak kurang mengemarinya. Namun menerusi perkongsian Cik puan Mimi Fairuz, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan overnight Oats yang sangat sedap dengan kombinasi buah-buahan segar yang sedap. Confirm anak-anak akan suka lepas ni.
RESEPI OVERNIGHT OATS
Selain hidangan ni sesuai disajikan makan malam, ianya boleh diambil untuk sarapan pagi. Rasa yang sedap nak mampu membuat anda kenyang dan bertenaga. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1/3 oats
- 1/2 cawan yogurt
- 1/3 cawan susu
- Mangga
- Strawberry
- Epal hijau
- Anggur
CARA PENYEDIAAN OVERNIGHT OATS :
▶️ Bersihkan kesemua buah-buahan. Kemudian potong dadu buah tersebut jangan terlalu besar nanti susah pulak nak makan nanti.
▶️ Ambil mangkuk. Kemudian masukkan oats, susu dan yogurt ke dalam mangkuk tadi.
▶️ Kalau sebati adunan tadi. Jika terlalu cair boleh tambah oats.
▶️ Masukkan ramuan oats yang dibacuh tadi bekas atau cawan. Kemudian masukkan buah kedalamnya. Kesejukan kedalam peti ais sebelum dihidang.
▶️ Bila dah sejuk siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Daging Kicap Berempah By Ibu Yang Super Power. Garanti Bikin Anda Bertambah Nasi Dibuatnya!
Wah! Nampak sangat menarikkan. Kombinasi oats, buah segar dan susu segar memang menjadikan hidangan ini sangat sedap. Anda boleh menggunakan apa-apa jenis buah yang anda suka tak kira kewi, strawberi dan macam-macam lagi. Hidangan ni sangat sesuai dihidangankan pada keluarga kerana ianya sangat menyihatkan dan cukup berkhasiat.
Kalau nak paksa anak-anak makan buah memang susah. Jadi sebagai mak-mak nie memang kena pandai mempelbagaikan menu untuk anak-anak. Resepi ni memang sedap bila dimakan sejuk-sejuk. Bila lalu ditekak memang sedap dan nikmat sangat.
Resepi yang sangat simple memang rugilah kalau anda tak mencubanya. Semoga dengan perkongsian resepi overnight oats ni dapat memberi anda manfaat. Dan share juga pada kawan-kawan supaya sama dapat mencuba resepi yang mudah dan sedap ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!