Resepi Mee Goreng Basah. Hidangan Yang Simple Dan Menyelerakan!
Bila dah nak habis bulan ramadan, mesti ibu-ibu pening nak rotate resepi apa untuk berbuka. Apa kata cuba Resepi Mee Goreng Basah yang marvelous ni. Mee goreng basah ni kalau makan confirm tak cukup sepinggan
Asyik berbuka dengan nasi je, sampai tahap dah bosan dan tak tahu nak masak apa lagi. Anak-anak pula dah semakin tak selera nak makan lauk banyak-banyak ni.
Mee goreng basah memang sedap kalau makan panas-panas sebab masih basah lagi dan mee pun tidak kembang. Kadang-kadang masakan yang simple macam ni lebih menyelerakan dari makanan yang pelbagai lauk.
Mee goreng basah sedap bila digoreng dengan banyak lauk, seperti udang, sotong, fishcake, fish ball dan telur. Nak masak pun sekejap dan senang je.
Resepi mee goreng basah sedap yang simple dan senang dimasak ini telah dikongsi oleh Nur Umairah.
RESEPI MEE GORENG BASAH
Bagi mendapatkan mee goreng basah yang sedap ialah dengan menggunakan kicap mee dan kicap pekat, kerana kesedapan mee goreng basah akan bergantung pada bahan yang digunakan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 bungkus mee kuning ( bilas dan toskan )
- 10 ekor sotong 10ekor ( dibersihkan )
- 1 paket fish ball ( dibersihkan dan potong )
- 1 ikat sayur sawi jepun
- 1biji tomato ( dibelah 6 )
- 4 sudu besar cili kisar
- 5 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap pekat
- 5 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap mee
- 1 cawan kecil air putih
- 2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan ditumbuk :
- 10 biji cili api
- 3 ulas bawang putih
CARA-CARA PENYEDIAAN MEE GORENG BASAH :
▶️ Mula-mula, panaskan kuali dan masukkan minyak 2 sudu besar.
▶️ Tumiskan cili kisar dan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
▶️ Seterusnya, masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil.
▶️ Masak dan kacau2 bagi sebati, masukkan sayur pastu masuk kan mee kuning dan tomato. Kacau-kacau bagi sebati sehingga masak.
BACA JUGA : Resepi Puding Caramel. Super Lembut Dan Sangat Sedap Dimakan Ketika Sejuk!
Sedapnya! Mee goreng basah dengan timbunan lauk memang sedap, tambah pula ditabur dengan bawang goreng dan daun sup diatasnya. Tapi jangan lupa perahan limau sedikit, rasa masam-masam perahan limau lagi membangkitkan selera.
Bagi mengoreng mee basah, tidak perlu beria untuk masukkan garam atau gula. Disebabkan sos yang dah diletakkan sudah cukup rasa dengan masam dan Manis.
Kalau makan mee goreng basah tak berlemuh mulut memang tak sah, makan sampai belemuh tu baru betul mee goreng basah mesti berkuah sikit. Selamat mencuba!