Resepi Lala Kam Heong Yang Mudah Disediakan, Rasanya Yang Pedas Dan Aroma wangi Yang Menyelerakan!

0 24,467

Lala atau dikenali juga sebagai siput retak seribu yang boleh ditemui di kawasan pantai yang berlumpur. Kali ini daily masak akan kongsikan Resepi Lala Kam Heong, ‘kam heong’ bermaksud harum keemasan.

Lala yang segar akan keluarkan rasa manis yang semulajadi dan apabila dimasak akan menghasilkan rasa yang enak. Untuk masak lala tidak perlu terlalu lama, sebab itu lala dimasukkan pada langkah terakhir.

Jika terlebih lama masak lala akan menyebabkan isi lala menjadi liat. Bila kulit lala dah terbuka bermaksud lala sudah masak, buang lala yang kulitnya tidak terbuka kerana tidak segar dan mungkin didalamnya hanya berisi lumpur.

Masakan kam heong mempunyai aroma yang wangi dan pedas. Nak sediakan hidangan ini agak senang kerana semua bahan dimasak sekali. Aroma wangi dari daun kari dapat menaikkan lagi kesedapan masakan ini.

Jika pertama kali ingin memasak hidangan ini, ibu-ibu boleh mencuba resepi lala kam heong dari perkongsian Liza Idris. Biasa sangat masak kam heong di masak dengan ayam dan dagingkan, kali ini berbeza sedkit menggunakan lala.

 

RESEPI LALA KAM HEONG

Ada cara nak bersihkan terlebih dahulu sebelum masak dari lala yang tidak segar dengan membersih menggunakan air panas untuk membuang kotoran yang mungkin terperangkap dalam dan sekeliling kulit lala.

photo6237705863431302755.jpg (1060×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1/2 kg Lala
  • 1 sudu besar udang kering (tumbuk /cincang)
  • 3 ulas bawang putih ( cincang )
  • 1 biji bawang besar/holand ( cincang )
  • 2 inci halia dimayang halus
  • 4 biji cili padi ( potong halus atau ketuk ) boleh juga guna cili kering.
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup untuk hiasan.
  • Sedikit garam dan gula.

photo6237705863431302751.jpg (1080×1080)

Bahan-bahan pes :
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap

(Campur semua bahan dalam satu mangkuk)

photo6237705863431302754.jpg (1034×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN LALA KAM HEONG

▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang holand, halia dan bawang putih sehingga naik bau.

photo6237705863431302753.jpg (1080×1226)

▶️ Selepas itu, masukkan daun kari. Tumis seketika.

photo6237705863431302750.jpg (1080×1243)

▶️ Masukkan cili padi dan udang kering. kacau lagi.

photo6237705863431302749.jpg (1080×1007)

▶️ Apabila bahan tumis dah kekuningan, masukkan semua bahan pes yang dicampur. Masak seketika.

▶️ Letakkan 1 cawan air, masak sehingga kuah pekat sedikit.

photo6237705863431302748.jpg (1080×1077)

▶️ Kemudian, boleh perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa.

photo6237705863431302745.jpg (1046×1280)

▶️ Akhir sekali masukkan lala, gaul sebati. Biarkan selama 5 minit.

photo6237705863431302744.jpg (1080×1179)

▶️ Apabila sudah masak, taburkan daun bawang. Siap dan boleh dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Donut Gebu Yang Enak, Rahsia Dapatkan Donut Montok Dan Boleh Buat Frozen Juga!

 

Cepat je nak masak lala ni, kacau-kacau dah siap! Rasanya yang pedas serta bau wangi dari aroma daun kari memang naikkan lagi selera nak makan. Siapa sangka hidangan yang biasa boleh nampak sedap.

7283827373.jpg (1200×800)

Ada yang suka dengan sos yang pekat yang melekat di celah isi lala, dan ada yang suka makan yang berkuah sedikit. Jika ingin pekatkan kuah, boleh tambah campuran tepung jagung dan air sedikit ketika menumis.

Resepi lala kam heong ini sangat sedap dan mudah dibuat, jika makan dengan nasi pasti akan meratah sekali. Resepi telah diberi dan jangan lupa untuk mencuba resepi ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.