Resepi Istimewa Udang Galah Buttermilk. Kuah Yang Cukup Lemak Berkrim, Pasti Puas Hati Makan!
Bila sebut udang, alih-alih masakan yang sama je. Asyik sambal, gulai dan bakar. Namun ada lagi hidangan yang paling menarik. Apa kata anda cuba pula resepi istimewa udang galah buttermilk yang super marvelous. Rasa yang manis udang galah dan lemak berkrim memang membangkitkan selera.
Selain menggunakan udang galah, anda boleh menggunakan lauk lain sperti ayam, sotong, lala atau ketam. Rasanya memang sedap dengan kuah berlemak ditambah lagi dengan aroma yang sungguh wangi. Kalau dihidangkan pada keluarga anda pasti berselera makan dibuatnya.
Cara penyediaan resepi ni juga sangat mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Anda boleh cubanya dirumah nanti. Namun hasilnya macam makan dekat restoran mewah. Tidak dinafikan kalau masak sendiri mesti sedat dan lazat. Anda boleh adjust mengikut citarasa anda.
Selain tu, masakkan buttermilk ni bukanlah satu hidangan masakan yang pedas. Lebih kepada rasa lemak dan wangi sahaja. Tapi kalau anda suka rasa pedas dalam masakan anda. Boleh masukkan cili padi potong kedalam masakan ni. Barulah ngam dengan tekak melayu kan.
Sajian yang ringkas dan super enak ni dikongsikan oleh Enck Mohamad Arymin. Sangat rugilah kalau anda tak mencubanya. Hidangan ni boleh dijadikan sebagai hidangan istimewa untuk dihidangkan pada keluarga anda. Pasti mereka pun berselera menikmati hidangan yang super marvelous ni.
RESEPI UDANG GALAH BUTTERMILK
Hidangan ni boleh disajikan sama ada dalam bentuk yang kering ataupun berkuah. Namun ianya terpulang pada selera anda. Bila makan dengan nasi putih pasti nikmat sekali. Wah pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi yang sedap ni. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni disediakan.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 20 ekor Udang galah
- 1 Biji bawang merah (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 Sudu besar mentega
- 1 Tangkai daun kari
- Setengah tin krimer sejat
- 3 biji cili padi (dipotong)
- Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN UDANG GALAH BUTTERMILK :
▶️ Udang tu potong dan buang sepitnya. Kalau udang besar boleh simpan sepitnya.
▶️ Masukkan butter dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari. Tumis sampai naik bau.
▶️ Masukkan udang dan kacau sampai kulitnya bertukar oren. Masukkan setengah tin krimer sejat.
▶️ Akhir sekali masukkan cili padi dan perasa secukupnya. Kacau biarkan ianya kering sedikit.
▶️ Sedia untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Butir Nangka Bersama Pisang Yang Berlemak Manis. Sesuai Untuk Hidangan Minum Petang Anda!
Tada! Siap dah hidangan yang istimewa untuk keluarga tersayang! Bau aroma pun memang wangi semerbak. Makan dengan nasi putih pun dah cukup menyelerakan. Dah tak pandang lauk lain dah. Hidangan yang mantap ni sesuai untuk hidangan makan malam bersama keluarga ala-ala restoran mewah gitu.
Kalau makan dekat restoran satu pinggan pun dah mahal. Belum lagi hidangan sampingan yang lain. Kalau buat sendiri memang berbaloi untuk bilangan keluarga yang ramai. Tapi kalau anda nak tukar pada udang biasa pun tak menjadi masalah. Rasanya juga sedap dan manis-manis udang.
Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi udang galah buttermilk yang super ini. Pasti anda puas hati. Semoga dengan perkongsian ni dapat memberi anda manfaat. Boleh share juga pada kawan-kawan yang lain. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!