Resepi Ikan Siakap Stim Limau. Yang Mudah, Sedap Dan Secukup Rasa!
Ikan siakap ni masak apa pun sedap, kalau pergi ke kedai makan mesti ada menu ikan siakap tak kira masak tiga rasa, masak kengsom, atau masak stim. Resepi Ikan Siakap Stim Limau kali ni agak berbeza sikit cara masaknya, tapi yang pasti sedap.
Biasanya ikan siakap stim yang kita buat masukkan semua bahan dalam bekas Dan stim sekali dengan ikan kan? Ni cara mudah untuk buat siakap stim tapi ada cara lain untuk masak ikan siakap stim ni.
Rasa ikan siakap stim memang mengiurkan, rasa masam dan pedas kuah ikan stim bersama pulak harum aroma dari serai dan daun ketumbar memang serasi dengan rasa ikan siakap stim masam dan pedas ini.
Resepi ikan siakap stim boleh dijadikan hidangan sihat untuk orang-orang yang ingin diet atau tengah berpantang, disebabkan cara masaknya tidak menggunakan minyak yang banyak dan dimasak secara stim sahaja.
Resepi ikan siakap stim limau yang sedap ini telah dikongsi oleh Oren Misaki di Facebook. Ibu-ibu pasti berpuas hati bila dapat menyediakan hidangan ini, dah rasa macam makan dikedai tomyam.
RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU
Cara memasak ikan siakap stim limau Kali ini agak berbeza kerana ikan siakap akan dikukus terlebih dahulu dan baru dicurahkan kuah stim limau diatas ikan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk sos
- Bawang putih ( cincang halus )
- Halia sedikit
- Cili padi ( cincang halus )
- Cili besar dan cili padi ( hiris )
- 2 batang serai ( hiris )
- 1/2 cawan air
- 1/3 Jus limau nipis ( ikut citarasa nak masam macam mana )
- 1/2 Kiub ayam
- Gula melaka ( 2 ibu jari )
- Garam sedikit (optional)
- 1 sudu kecil Sos ikan
- Tepung jagung sedikit dibancuh dengan air
- Daun ketumbar ( hiris )
- 1 ekor Ikan siakap
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP LIMAU :
▶️ Mula-mula, basuh bersih ikan siakap. Lumurkan dengan garam, jus limau sedikit, halia, serai dan batang daun ketumbar didalam perut ikan.
▶️ Kukus ikan sekejap dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan.
▶️ Selepas itu, tumis bawang putih , halia , serai , cili sekejap . Jangan sampai perang sangat dan masukkan air dan jus limau .
▶️ Tunggu sehingga mendidih, masukkan kiub ayam , gula melaka , garam , sos ikan .
▶️ Akhir sekali, masukkan air tepung jagung sedikit untuk pekatkan kuah sedikit. Matikan api . Masukkan daun ketumbar .
▶️ Apabila kuah stim limau dah siap, siram atas ikan yg dikukus tadi . Siap !
BACA JUGA : Resepi Agar-agar Santan Lumut. Yang Sungguh Sedap Dan Menyegarkan!
Ha! Mudah je resepi ikan siakap stim limau ni, dah la sedap dan sihat pulak tu. Kalau macam ni cakap tak sedap lagi tak tau lah. Kalau makan dengan nasi panas-panas confirm bertambah nasi.
Ibu-ibu boleh kurangkan sikit jus limau kalau tidak mahu terlalu masam atau boleh sahaja tambahkan air untuk kurangkan rasa masam. Untuk lebih menarik ibu-ibu boleh tambahkan carot dan tomato, kukus sekali dengan ikan siakap.
Hidangan ini memang agak masam dan pedas, tapi ibu-ibu boleh olah mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba buat resepi ikan siakap stim limau!