Resepi Ayam Mangga Sos Thai Super Nyummy. Hidangan Istimewa Ala Hotel!

0 684

Sekali-sekala nak hidangkan masakan unik dan mewah ala hotel, untuk keluarga tersayang tidak menjadi masalah. Tapi pening kepala menu apa yang sesuai untuk dihidangkan? Nah! Apa kata anda cuba resepi ayam mangga sos Thai ni. Rasa masakan ayam mangga sos thai keakan hotel 5 bintang walaupun hanya dimasak dirumah sahaja.

Bagi anda yang belum pernah dengar atau makan masakan ayam mangga sos Thai ni. Pasti tidak tahu jenis hidangan ni kan? Konsep masakan ni sebenarnya mudah sahaja. Dengan menggunakan ayam goreng rangup yang bersalut kuah sos Thai, dan juga dihidangkan bersama hirisan buah mangga yang lemak masam manis.

Yang membuatkan hidangan ni padu dan istimewa ialah kuah thai yang dimasak itu sendiri. Rasanya yang sinonim dengan masam, manis pedas memang cukup rasanya. Cara hidangan ni juga mudah hanya tuangkan kuah sos ni pada ayam yang rangup dan juga hirisan mangga.

Bila dihidangkan dengan nasi putih memang kombinasi yang terbaik. Pasti keluarga anda akan suka. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Tak susah pun nak sajikan hidangan ala hotel ni sebenarnya. Yang penting ramuan asas makanan wajib ada. Barulah rasa makanan tu lengkap.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Afy AL Habibi dilaman facebooknya juga menarik ramai orang juga untuk mencubanya. Rata-rata ramai yang sudah mencuba masakan ayam mangga sos thai ni dan memuji kesedapan resepi yang dikongsikan ni. Jadi kalau anda nak mencubanya boleh tengok resepi yang disediakan dibawah.

 

RESEPI AYAM MANGGA SOS THAI

Perkongsian resepi sos thai ni sangat mudah je bahanya. Yang penting mestilah guna bahan asas Thai. Dalam resepini hanya menyediakan cara membuat sos thai sahaja. Tetapi untuk ayam anda hanya perlu mengoreng seperti biasa. Iaitu dengan salutkan tepung goreng ayam untuk menghasilkan ayam yang rangup nanti. Dan mangga pula dibuang kulit dan hiris atau dimayan dan taburkan atas ayam.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • Sos cili Thai (Gunakan sos seperti dalam gambar)
  • Kicap pekat
  • Air kosong
  • Cili merah
  • Lemon
  • Bawang putih jeruk
  • Bijan disangai (untuk ditabur dalam sos colek pada akhirnya)
  • 1/2 tepung jagung
  • Daun ketumbar (hiasan)
  • Garam jika perlu

CARA PENYEDIAAN AYAM MANGGA SOS THAI :

▶️ Kisar 8 tangkai cili seta 2 labu bawang putih jeruk. Buang dulu kulit dan tangkainya.

▶️ Kisar bersama air bawang jeruk. Lepas tu kisar sehingga halus sedikit.

▶️ Sediakan periuk, dan masukkan sos Thai 5 senduk. Jangan lupa goncangkan dulu sebelum senduk. Masa ni tak perlu buka api lagi.

▶️ Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tuangkan segelas air.

▶️ Lepas tu perah sebiji lemon. Dan boleh mula pasangkan api yang perlahan.

▶️ Sementara adunan tengah nak panas, masukkan kicap pekat satu sudu besar. Jangan letak banyak supaya kuah tak hitam.

▶️ Nak kuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air. Kemudian tu kacau sebati.

▶️ Kacau sehingga kuah sos pekat dan mendidih.  Tak perlu terlalu pekat sangat, boleh adjustkan dengan air.

▶️ Tak perlu tambah garam dan gula sebab dah cukup rasa. Dan siap oleh tutup api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

▶️ Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Hokkaido Cupcake Cream Cheese Leleh Yang Sangat Marvelous. Gebu Dan Cair Dimulut!

 

Wah! Nampak gambar pun cukup mengilurkan. Rasa sos thai yang masam manis dan pedas memang cukup padu. Tambahan lagi dimakan dengan ayam rangup dan lembut memang membangkitkan selera! Rasa manis masam lemak hirisan buah mangga memang kombinasi yang terbaik. Anda boleh try nanti.

Jangan lupa bila dah siap. Boleh dihidangkan bersama daun ketumbar dan taburan bijian dan juga hirisan bawang merah. Jika anda penggemar pedas boleh tambah hirisan cili lagi. Hidangkan ni sesuai hidangkan untuk menu makan tenghari atau pun makan malam. Hidangkan dengan nasi putih pun dah cukup sedap.

Resepi ni kalau dah cuba mesti repeat lagi. Sebabnya orang Malaysia memang sinonim dengan masakan Thai. Semoga dengan perkongsian resepi ayam mangga sos Thai ni dapat memberikan anda manfaaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.