Resepi Ayam Goreng Pedas Korea Cheese Yang Sangat Sedap Dan Lazat. Anda Makan Pasti Terangkat Wajib Cuba Tau!

0 2,456

Sebut saja pasal ayam goreng, boleh dikatakan semua orang semua suka makan. Tak kiralah anak kecik ataupun dewasa. Selain masak sambal, kari atau masak sup, ada pelbagai cara nak masak ayam. Jadi hari ini nak kongsi resepi ayam goreng pedas ala korea salut cheese yang pasti buat anda ketagih.

Akhir-akhir ini resepi ayam goreng pedas ala korea salut cheese semakin mendapat perhatian di Malaysia. Ada banyak kedai-kedai yang menjual makanan korea sekarang ini. Kadang-kadang kedai makan biasa-biasa pun ada juga hidangan ayam goreng pedas ala korea cheese ini kerana permintaan yang sangat tinggi.

Kalau nak rasa boleh je beli seketul dua, tapi boleh beli dan cuba dulu. Kalau dan memang suka makanan korea, tak salah untuk cuba buat sendiri. Baru puas hati dapat makan ayam goreng korea ini dengan banyak dan kos untuk buat juga lebih jimat.

Siapa yang minat tengok cerita korea tu, dan suka makan pedas-pedas confirm kena cuba buat sendiri. Makan sambil tengok cerita korea baru ada feel kan. Cara penyediaan resepi ayam goreng pedas korea cheese ini sangat mudah dan senang, sepastinya dengan mengunakan sos korea yang padu.

Resepi yang di share oleh pemilik facebook iaitu cik puan Zurina Zulkefli ini nampak macam mudah je kita nak buat. Kalau ikut step by step mesti senang kita nak faham. Apa tunggu lagi, jom kita cuba buat ayam goreng pedas korea cheese ini dirumah.

 

RESEPI AYAM GORENG PEDAS KOREA CHEESE 

Untuk buat ayam goreng pedas ini, kita guna spicy korean souce dan serbuk keju kuning nacho, tapi kalau nak guna jenama lain pun boleh. Jika kombinasi ini dicampurkan sekali pasti rasa sangat padu. Confirm lepas ini, anda tidak mahu makan dikedai dah, buat sendri lagi puas hati.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ayam bahagian kepak (dipotong dua)
  • 1 botol yogurt perasa original.
  • Tepung beras
  • Tepung jagung.
  • Serbuk lada sulah & lada hitam
  • Pes pedas korea
  • Serbuk Cheese

CARA PENYEDIAA AYAM GORENG PEDAS KOREA CHEESE

▶️ Langkah pertama, taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam dan gaul mesra dengan ayam.

▶️ Kemudian, masukkan sebotol yogurt.

▶️ Selepas itu, gaulkan ayam dengan tepung beras dan tepung jagung.

▶️ Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan.

▶️ Ayam yang telah digoreng tadi diangkat dan digaul dengan spicy korean sauce sehingga sebati.

▶️ Akhir sekali jangan lupa letakkan powder cheese.  Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Awam Biru Yang Viral. Lagi Syok Makan Sejuk-Sejuk!

 

Siap! Senang je kan buat ayam goreng korea ini. Jika anda rasa suka pedas boleh letak lebih spicy korean souce, lagi pedas lagi awesome kan.  Ayam goreng pedas boleh je makan bila-bila masa, makan dengan apa-apa pun boleh, kalau saya suka makan ayam spicy Korean ini dengan maggi ramen Samyang pagi pedas ngat ngat.

Nak lagi sedap ayam mestilah digoreng dengan garing,  garing diluar jucy di dalam.  Makan panas-panas dengan aroma bau sos spicy Korean memang terus masuk menikam jiwa. Anda wajid cuba jika anda seorang pengemar ayam spicy korea.

Boleh je nak simpan dulu resepi yang saya kongi ini supaya mudah nak rujuk di kemudian hari. Resepi ayam goreng pedas ala korea salut cheese yang menyelerakan dan cara nak buat pun mudah sahaja. Dah cuba, jangan lupa sharekan ya!.

Leave A Reply

Your email address will not be published.