Rahsia Sotong Goreng Tepung Melekat Elok Yang Sedap, Macam Makan Di Kedai Thai!
Kalau pergi ke kedai makan thai pasti akan order sotong goreng tepung, perasan tak sotong goreng tepung di kedai tersalut elok sahaja. Bila buat di rumah mesti sotong dan tepung akan terkeluar, kali ini kami nak kongsikan satu Rahsia Sotong Goreng Tepung Melekat Elok bila digoreng.
Semua tahu yang badan sotong sangat licin dan berlendir, jadi sotong perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Lapisan kulit yang nipis di bahagian badan sotong perlu dibuang jika ingin buat sotong goreng tepung.
Ada yang kata bahagian kulit yang hitam bila digoreng dengan minyak yang banyak akan menyebabkan minyak meletup-letup ketika mengoreng. Jadi sotong perlu dibersihkan betul-betul sebelum digoreng.
Untuk bersiang sotong, perlu pisahkan kepala dan badan terlebih dahulu. Selepas itu, potong bahagian yang ada dakwat dan kepala, di bahagian kepala picit dengan jari untuk buang mulutnya. Kemudian, kikis seluruh badan sotong dengan pisau untuk buang kulit yang berwarna unggu.
Apabila dah siap bersiang, boleh basuh bersih-bersih sotong dan potong mengikut masakan yang kita ingin buat. Resepi sotong goreng tepung ini telah dikongsi oleh Nor Emiza Suartam tentang rahsia sotong goreng tepung yang melekat.
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG MELEKAT ELOK
Sebelum nak beli sotong kita kena periksa struktur badan sotong terlebih dahulu. Biasa sotong segar, struktur badannya akan pejal, kenyal dan tidak lembik bila ditekan. Memang kalau pegang jer dah tahu segar.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Sotong ( dipotong dan dibersihkan )
- 2 biji telur ayam
- Tepung goreng serbaguna
CARA-CARA PENYEDIAAN SOTONG GORENG TEPUNG MELEKAT ELOK
▶️ Selepas sotong disiang dan dibasuh pastikan tapis sotong dan biar sotong betul-betul kering.
▶️ Pukul sebiji atau dua biji telur dalam mangkuk kemudian ambil sotong celup dalam telur. Jangan ambik sotong terlalu banyak. Ambik sikit-sikit dalam 3 ke 4 keping sahaja.
▶️ Kemudian golekkan sotong dalam tepung goreng serbaguna. Golek-golek dan lambung-lambung sotong dalam tepung sampai tepung menyelaputi sotong dan terus goreng dalam minyak yang panas.
▶️ Pastikan minyak betul panas-panas barulah tepung tu elok tak tertanggal dari sotong. Sotong tu jangan dikacau kacau bila dah nampak agak garing barulah boleh dibalik-balik sotong tadi.
▶️ Minyak pun kena la lebih sikit. Barulah sotong goreng kita betul garing, cantik, rangup dan sedap.
Kalau order kat kedai dah berapa ringgit nak beli sepnggan sotong goreng tepung yang cuma ada beberapa ketul sahaja. Bila dah tahu rahsia cara buat, lebih jimat jika dapat buat sendiri dan dapat makan dengan puas.
Nak sedap, guna tepung bestari untuk salutan tepung. Tepung bestari ada perisa original dan spicy, kalau suka pedas boleh guna yang spicy. Tapi jika ada yang original sahaja boleh tambahkan serbuk cili didalamnya.
Nak buat sotong goreng tepung yang melekat elok bukannya susah, cuma perlu ada teknik supaya salutan tepung melekat elok di badan sotong ketika mengoreng. Teknik ini boleh diguna pakai untuk membuat sotong salted egg juga!