Resepi Roti Telur Yang Mudah Dibuat. Lembut Dan Sedap Disukai Anak-Anak!

0 4,194

Apa khabar ibu-ibu? Macam mana hari ni tengah pening nak masak apa untuk anak-anak? Jom cuba Resepi Roti Telur atau Asian Toast  yang mudah dan pasti anak-anak suka.

Kadang-kadang beli satu bungkus roti sampai tarikh expired pun tak habis-habis makan lagikan. Yelah, asyik makan roti dengan jem atau kaya je, paling malas cicah je lah dengan air teh.

Apa kata ibu-ibu cuba buat Asian toast pulak dengan roti yang ada dirumah tu, pasti anak-anak suka makan. Asian toast ni lebih kurang macam roti telur kalau orang melayu cakap, tetapi agak berbeza sikit dari roti telur biasa tu.

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah, yang ada dirumah je, kalau tak ade tu kena pergi beli dulu. Kalau ibu-ibu buat satu buku roti pun tak cukup, siap anak-anak mintak tambah lagi.

Perkosian resepi Asian toast daripada saudara Wan LuQman, Satu resepi yang amat mudah tapi anak-anak sangat suka makan. Siapa kata masakan simple tak sedap, konferm  berebut sebab tak cukup.

 

RESEPI ASIAN TOAST

Asian toast agak berbeza sedikit Dari french toast, kerana french toast menggunakan white bread yang tebal dan dimasak secara deep fried.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 4 biji telur (cukup untuk 4-5 keping roti)
  • 1sudu besar chicken stok pekat
  • sedikit gula
  • 1sudu besar air limau

 

CARA-CARA PENYEDIAAN ASIAN TOAST :

▶️ Guna non stick pan dan letakkan sedikit minyak.

▶️ Selepas itu, letak roti dalam telur, dan goreng bagi garing sikit, dan balikkan.

▶️ Jirus lebihan telur setiap kali balikkan roti, supaya bahagian telur tebal.

▶️ Ulang sampai habis roti yang ingin goreng.

 

BACA JUGA : Resepi Pais Ikan Kembung. Masakan Yang Mudah Dan Boleh Dipanggan Dalam Airfryer!

 

Tak sabar betul nak makan Asian toast ni, jangan pandang sebelah mata nampak je macam ni tapi rasanya sedap sekali. Makan pula dengan bake bean dan fries lagi macam breakfast mat saleh.
Asian toast macam ni makan dengan sos pun sedap ni. Ibu-ibu boleh sahaja hidangkan madu dan butter diatas roti.

Hidangan yang simple, tapi menyelerakan ini ibu-ibu boleh buatkan untuk breakfast dan minum petang untuk anak-anak. Selain itu, dapat habiskan stock roti dekat rumah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.