Resepi Roti Puri. Makan Dengan Kari Dan Sambal Sangat Menyelerakan!

0 4,702

Roti puri memang sesuai dimakan pada waktu sarapan, makan pula dengan kari atau sambal lagi sedap. Resepi Roti Puri amat mudah untuk dibuat, tak perlu beli dah jika nak makan.

Roti puri makanan berasal dari India, sebab itu kita biasa lihat roti puri kat kedai-kedai mamak. Yang biasa makan pasti tahu kesedapannya macam mana.

Roti puri asal dari doh yang diterap nipis tapi bila digoreng akan mengembang besar kerana ruang udara pada roti puri.

Nampak macam susah nak buat roti puri, tapi sebenarnya agak mudah untuk dibuat sendiri. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja,  sekali cuba pasti puas hati.

Roti puri memang senang dibuat, lagi jimat kalau buat sendiri dan lebih sedap. Resepi roti puri mudah dibuat dan sedap ini telah dikongsi oleh Mariana Zainal.

RESEPI ROTI PURI

Roti puri kalau dapat makan dengan kuah kari pekat atau sambal memang kick habis. Jadi lebihan kari semalam jangan dibuang, cuma perlu buat roti puri dan cicah dengan kuah kari dah jadi satu hidangan breakfast.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sdt yis kering brand mauripan*
  • 1 sdb gula*
  • 3 sdb minyak masak*
  • 1/2 sdt garam*
  • 3/4 cawan air panas mendidih
CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI PURI

▶️ Satukan semua bahan yang bertanda * Dan gaul hingga berderai-berserai.

▶️ Selepas itu, masukkan air panas Dan uli selama 3- 5 minit.

▶️ Kemudian, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong dan peram selama 30 minit dalam bekas bertutup.

▶️ Panaskan minyak masak guna api sederhana perlahan sehingga minyak panas.

▶️ Seterusnya, gelekkan doh tadi hingga nipis dan goreng satu-satu.

▶️ Curah-crahkan minyak pada roti puri hingga kembung. Dah siap toskan.

 

BACA JUGA : Resepi Pulut Wajik. Pulut Manisan Yang Lemak Manis Disukai Ramai!

 

Senangkan nak buat roti puri, lepas ni dah tak perlu beli-beli dah. Bila buat sendiri lagi jimat dan sedap. Siap boleh tambah-tambah lagi. Cicah pula dengan kari atau sambal memang lagi umppp!

Roti puri cicah dengan sambal apa pun sedap. Boleh juga buat sambal sardin jika tiada kari untuk dicicah.

Resepi roti puri ini memang mudah untuk dibuat, ibu-ibu boleh cuba dirumah. Bila buat sendiri lagi puas hati dan lebih jimat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.