Resepi Murtabak Roti Daging Cheese Yang Padu. Sedap Dimakan Panas-Panas Dengan Cheese Leleh!

0 746

Pernah makan tak, murtabak daging menggunakan roti? Biasanya orang pakai tepung ataupun kulit popia kan. Jadi, hari ini apa kata kita cuba resepi murtabak roti daging cheese. Walaupun tak setanding dengan murtabak original, tapi rasa sangat sedap garing diluar bercheese didalam. Sesuai sangat nak makan santai-santai dirumah.

Kalau anda perasan nak buat murtabak original agak lama sikit sebab perlu uli tepung. Tebar doh macam roti canai. Bagi yang tak biasa buat memang lagi susah sebab kena buat doh yang lembut dan menjadi. Kalau tak betul adunan, isi murtabak nanti boleh terburai dari kulitnya.

Resepi murtabak roti daging cheese ini sangat simple. Boleh pakai oven je, jadi dah tak payah nak tebar atas kuali besar macam kat kedai tu. Dan kalau ada roti yang nak expired tu boleh digunakan untuk buat murtabak, takde lah membazirkan. Campuran daging cicang dan juga cheese memang kombinasi yang sangat sedap. Confirm satu keping tak cukup.

Lagipun pun lebih berbaloi daripada beli dikedai. Bila buat sendiri murtabak roti daging cheese ni lebih puas hati dapat buat inti padat-padat dan banyak isi dagingnya. Kalau beli pula selalu dapat mustabak bawang je. Dan juga kalau makan murtabak roti lagi cepat kenyang. Nak hidangan pada bila-bila masa pun boleh.

Murtabak ni sangat sedap bila di makan panas-panas. Rasa garing roti dengan inti daging dengan cheese leleh memang menarik selera untuk makan. Jom cuba buat dirumah. Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu En Nazura Zainal Abidin. Terima kasih sudi berkongsi resepi yang padu ini.

 

RESEPI MURTABAK ROTI DAGING CHESSE 

Resepi beliau agak menarik untuk dicuba. Intinya nampak sangat juicy dan cukup dengan ramuan. Tanpa membuang masa lagi apa kata lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi murtabak roti daging cheese ini dibuat.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 12 keping Roti
  • 8 biji telur
  • 2 keping daging kisar Ramly
  • 2 biji ubi kentang  (potong dadu)
  • Sebiji carrot (potong dadu)
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • Daun bawang (hiris halus)
  • Batang saderi (hiris halus)
  • Bawang putih, merah dan halia (ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Cheese
  • Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN MURTABAK ROTI DAGING CHESSE :

▶️ Tumis bahan tumbuk dan masukkan rempah kari.

▶️ Masukkan daging kisar tadi gaul rata bersama rempah. Masukkan ubi kentang dan carrot. Bubuh air dan biarkan ia mendidih sehingga ubi kentang masak.

▶️ Garam gula dan serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan pula bawang besar, daun bawang dan saderi.

▶️ Gaul sempurna dan tutup api. Inti jangan terlalu kering.

▶️ Sapukan planta majerin dikeliling pyrex dan susun roti yang dicelup telur kedalam pyrex. Bubuh inti dan taburkan cheese dan ratakan.

▶️ Susun lagi roti yang dicelup telur keatas inti tadi dan tuangkan telur selebihnya dan dibakar 180C.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bilis Salted Egg Yang Super Sedap. Hidangan Ringkas Namun Dapat Membangkitkan Selera Anda!

 

Wah dan siap! Bila hidang panas-panas memang sedap. Makan macam tu pun dah sedap. Nak cicah dengan sos pun boleh. Tambahan kalau suka cheese banyak boleh je letak banyak-banyak. Mengikut selera anda. Hidangkan untuk anak-anak pasti mereka suka. Confirm sampai menjilat jari dibuatnya.

Murtabak roti daging cheese ini selain dihidang pada keluarga boleh juga dihidangkan pada tetamu. Lepas ni kalau tak tahu nak hidangan makan apa untuk keluarga dan tetamu boleh cuba resepi santai ni. Senang je hanya menggunakan roti, dah tak payah nak uli doh.

Lepas ini kalau teringin nak makan murtabak, boleh buat sendiri je. Kalau anak dah bosan asyik makan roti dengan kaya je. Sekali sekala boleh cuba resepi ni. Semoga dengan perkongsian resepi murtabak roti cheese ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.