Resepi Kuih Bingkai Tepung Beras Yang Lemak Manis, Hanya Menggunakan Lima Bahan Sahaja Untuk Membuatnya!

0 8,861

Kuih bingkai tepung beras merupakan salah satu kuih tradisi yang dulu, dengan menggunakan tepung beras dan santan sahaja pun boleh dijadikan satu hidangan kuih. Resepi yang ingin kami kongsikan kali ini Resepi Kuih Bingkai Tepung Beras.

Kuih ini cara masaknya akan dibakar sehingga permukaan kuih menjadi keras dan sedikit garing dan hangit. Tapi jangan risau, permukaan kuih yang garing itu tidaklah menganggu rasa kuih malah membuatkan rasanya lagi sedap.

Bingkai ini warnanya putih kerana tidak campurkan apa-apa perwarna didalamnya. Memang original warna tepung beras dan santan dicampur sekali sebagai adunan kuih. Biasanya akan ada campuran dari tepung lain, tapi kuih ini lain sedikit hanya guna tepung beras sahaja.

Kena hati-hati semasa membeli tepung beras, kerana tepung beras mempunyai banyak jenis. Nampak sama sahaja tapi lain kegunaannya. Untuk membuat kuih traditional elok menggunakan tepung beras cap tiga gajah.

Rasa kuih ini sangat lemak-lemak manis, kerana kegunaan santan didalamnya yang membuatkan rasa kuih lebih lemak. Bahan yang digunakan untuk membuatnya agak mudah dan resepi ini dikongsikan oleh Nadia Ismail.

 

RESEPI KUIH BINGKAI TEPUNG BERAS

Tepung beras merupakan satu bentuk tepung yang dibuat daripada beras, biasanya kalau orang dulu-dulu membuat sendiri tepung berasa dengan memrendam beras dan mengiling sehingga halus. Sekarang pun ada lagi yang menghasilkan adunan beras sendiri katanya lebih sedap.

photo6264581694300466636.jpg (960×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan tpg beras
  • 6 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sehelai daun pandan ( disimpul )

photo6264581694300466635.jpg (960×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH BINGKAI TEPUNG BERAS

▶️ Campur semua bahan-bahan dalam satu periuk, kacau sebati. Kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.

▶️ Setelah adunan pekat, tuang adunan dalam loyang. Sapu loyang dengan minyak masak terlebih dahulu dan buang daun pandan terlebih dahulu sebelum dibakar. Bakar api atas dan bawah.

▶️ Kemudian bakar dalam oven sehingga masak. Guna api atas pada 15 ke 20 minit terakhir untuk bagi nampak garing di atas bahagian bingka. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius Ikut oven masing-masing

photo6264581694300466637.jpg (960×1280)

▶️ Kuih dah sejuk baru boleh potong. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Pizza Homemade Yang Sangat Lembut Rotinya, Mewah Dengan Topping Untuk Dibuat Sendiri!

 

Mudah sangat! Hanya menggunakan lima bahan sudah boleh buat satu jenis kuih tradisional yang sangat sedap. Rasa yang lemak manis bila dimakan dengan tekstur garing pada permukaan kuih dan lembut di ketika digigit sangat enak sekali!

8399484.jpg (1200×800)

Penggunaan santan segar amat penting dalam kuih ini, oleh kerana bahan utamanya santan dan tepung beras sahaja, ia memerlukan santan yang segar bagi memberi rasa yang lemak pada kuih tersebut. kalau ingin guna santan kotak boleh sahaja cuma kurang sedap untuk kuih.

Banyak kuih traditional yang menggunakan santan, kerana santan memberikan effect lemak pada kuih itu yang menjadi penyedapnya. Resepi kuih bingkai tepung beras ini sangat mudah untuk sesiapa yang ingin mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.