Resepi Kuih Badak Berendam Labu. Kuih Legend Yang Sedap. Rasa Lemak Manis Dia Memang Ngam!

0 1,601

Kuih badak berendam salah satu kuih traditional, nama pon dah lain badak berendam mesti ada yang tertanya-tanya kenapa badak berendam? Resepi kuih badak berendam labu ni simple sahaja lebih kurang macam tepung bungkus, cuma cara penyediaannya agak lain sedikit.

Biasa makan kuih badak berendam yang dibuat dengan beras pulut berinti kelapa yang dimasak dengan gula melaka dan disiram dengan kuah santan. Kali ni kuih badak berendam yang dibuat dengan labu. Macam mana rasa kuih badak berendam labu ye?

Kuih badak berendam atau dengan nama lain kuih sopang yang dipanggil di negeri sembilan. Kuih ini sejenis kuih traditional Yang terkenal di pantai timur seperti di Kelantan dan terengganu.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu kewujudan kuih badak berendam ini. Sebab tidak semua tempat yang menjual kuih badak berendam ni. Kuih ni sangat sedap dengan inti kelapa manis didalam dan dimakan pula dengan kuah santan pekat lemak masin.

Resepi kuih badak berendam labu ini telah dikongsi oleh Badariah Abdrahman. Semestinya kuih badak berendam labu ini nampak istimewa disebabkan ada bahan tambah seperti labu membuatkan rasa yang berlainan dari badak berendam biasa.

 

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM LABU

Badak berendam? Kuih ni memang nama badak berendam, kalau tengok didalam bekas kuihnya yang bulat berendam dalam kuah santan dah seupama badak yang tengah berendam dalam air.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A
  • 1 biji kelapa parut puti
  • 1 cawan gula merah /kabong
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit air
  • Daun pandan simpul
  • Sedikit garam
  • Tepung gandum

 

Bahan B
  • 3 cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sesikit air
  • 1 cawan labu ( direbus dan dilenyet )

 

Bahan C
  • 4 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun pandan simpul.

 

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH BADAK BERENDAM LABU :

▶️ Mula-mula, panaskan kuali. Masukkan sedikit air, gula pasir, daun pandan, sedikit garam dan gula merah. Masak sehingga cair.

▶️ Masukkan kelapa parut dan sedikit tepung, kacau sehingga kering.

▶️ Seterusnya, untuk bahan B. masukkan kesemua bahan, uli lembut hingga tak lekat ditangan, kalau lembik boleh tambah tepung sedikit.

▶️ Adunan yang diletakkan inti boleh dibulatkan. Buat sampai habis.

▶️ Adunan boleh dikukus dan direbus seperti buah melaka.

▶️ Selepas itu, penyediaan santan pekat, masukkan kesemua bahan C kedalam bekas. Campur semua bahan dan tapis.

▶️ Masak sehingga pekat dan tuangkan kedalam adunan yang telah dibulatkan tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Gulai Kuning Kepala Ikan Merah Kelantan Style. Licin Hingga Ke Kuah!

 

Siap jugak kuih badak berendam labu ni. Biasa makan kuih badak berendam yang menggunakan tepung beras dan dibalut dengan inti kelapa manis. Sekarang ibu-ibu cuba pula kuih badak berendam labu ni.

Resepi kuih badak berendam labu ni sama sahaja cara pembuatannya dengan badak berendam yang biasa tu, cuma adunan untuk membalut inti kelapa manis tu sahaja ditambah labu.

Pasti ibu-ibu dah tak sabar dah nak cuba buat kuih badak berendam labu ni. Yelah, mesti rasanya lain sedikit dari yang biasa tu. Tapi yang pasti kuih ini sangat sedap bila dimakan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.