Resepi Kuih Apam Kampung Gula Melaka. Kuih Orang Dulu-Dulu Yang Enak Dan Lembut Dimakan !

0 6,022

Kuih apam ni macam-macam jenis boleh buat ye. Dengan satu resepi boleh variasikan jadi macam-macam resepi apam. Resepi Apam Kampung Gula melaka ni sangat sedap, rasanya macam kek sarang semut dah.

Kuih apam biasanya akan dimakan dengan kelapa parut, kelapa parut yang dah dikukus dan dicampur dengan garam dan gula. Kalau nak makan macam tu sahaja pun boleh, sedap jugak tapi lebih sedap makan dengan kelapa parut rasa lemak-lemak macam tu.

Kalau pagi-pagi pergi ke gerai jual kuih pasti banyak pilihan kuih apam ni, boleh tahan nak pilih makan kuih apam yang mana semua sedap-sedap belaka. Salah satu kuih apam yang legend iailah apam gula melaka lah.

Tapi kali ni kami nak share kuih apam kampung gula melaka, adunan apam yang menggunakan gula melaka. Warnanya pun kecoklatan ikut warna gula melaka. Rasanya lembab dan lembut sangat sebab dikukus.

Resepi apam kampung gula melaka telah dikongsi oleh Cahaya Suria, resepi kuih orang dulu-dulu yang sedap dan mudah dibuat. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI APAM KAMPUNG GULA MELAKA

Untuk membuat apam gula melaka ni dimasak secara mengukus sehingga masak. Resepinya agak mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 peket yis mauripan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • Jika adunan agak pekat blh tambahkan1/2 cwn air lagi

 

CARA-CARA PENYEDIAAN APAM GULA MELAKA

▶️ Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir

▶️ Selepas itu, tapis air gula suam kedalam bekas. Lagi baik jika bekas yang bertutup.

▶️ Masukkan yis tunggu kembang kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit-swsikit hingga habis.Kacau rata.

▶️ Kemudian, tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2x ganda dan kacau lagi untuk buang angin.

▶️ Masukkan dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak.

▶️ Isikan separuh bahagian dan tunggu hingga naik penuh semula baru kukus dalam masa  7-8mim.

▶️ Sejukkan dan sediakan kelapa parut putih.

 

BACA JUGA : Resepi Buger Malaysia. Kuih Sedap Dimakan Dengan Sambal Bilis Kesukaan Ramai!

 

Naik kembang elok je kuih apam ni. Tekstur pun gebu dan lembut je, makan pula dengan kelapa parut memang sedap sangat. Rasa manis-manis gula melaka tu dengan rasa lemak kelapa parut memang kenalah.
Jika nak masak dalam loyang kalau tak ada acuan kuih yang comel-comel tu kena masak lama sedikit dalam setengah jam, untuk dapat kuih apam yang masak dengan sempurna. Bila dah sejuk baru potong.

Resepi apam kampung gula melaka ini sangat senang untuk dibuat, bahan yang digunakan pun tidak banyak. Untuk ibu-ibu yang baru ingin belajar buat kuih traditional boleh cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.