Resepi Apam Lempeng Gebu, Lembut Dan Wangi. Rugi Tak cuba Tau!
Sarapan apa itu? Jom buat Apam Lempeng, sedap bukan main. Hari ini, nak share resepi apam lempeng. Kalau anda nak tahu apam lempeng ini sedap dicecah dengan sambal bilis, kari atau kelapa parut. Nak letak madu pun boleh ala ala pancake mdc gitu.
Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana penyediaan yang sangat simple dan sedap. Boleh follow cara ini sahaja untuk mendapat hasil yang lembut, gebu dan wangi. Bahan yang digunakan tidaka lah susah diperolehi, hanya boleh didapati di dapur anda sahaja.
Apam lempeng merupakan menu yang sangat ringkas dan sedap, ia juga boleh dihidangan untuk sarapan pagi atau juadah minum petang. Hidangkan bersama kopi lagi sedap. Kebiasaan apam lempeng ini susah untuk didapati dikedai. Jadi kalau teringin nak makan kena lah buat sendiri.
Bahan digunakan dalam resepi ini seperti tepung gandung, telur, gula dan yis sahaja. Bahan tersebut dicampur semua dalam bekas. Kemudian guna air biasa tak perlu guna air panas pun. Kacau sehingga sebati, tambah sedikit gula, garam, perap selama 15 atau 20 minit. Lepas itu, dan boleh bakar pada kuali anti lekat, dan sapu sedikit marjerin planta. wah senang kan!
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook iaitu cik puan Umi Watie. Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan, boleh cicah dengan banyak cara. Tak rugi cuba tau!
RESEPI APAM LEMPENG
Menu yang sangat simple dan sedap, tapi hasilnya dapat yang gebu dan lembut. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan apam lempeng ini, menu yang mudah dan pasti anak- anak akan menyukainya. Jom kita cuba buat!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 Cawan tepung gandum
- 1 Biji telur
- Secubit garam
- 5 Sudu gula
- 1 Sudu yis
- 2 Cawan air
CARA PENYEDIAAN APAM LEMPENG :
▶️ Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam bekas.
▶️ Masukakn air kedalam bekas guna suhu bilik saja. Tak perlu guna air panas atau air sejuk.
▶️ Kacau-kacaukan semua bahan supaya sebati. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula ya.
▶️ Dah sebati pun semua bahan. Perap selama 15 atau 20 minit ya.
▶️ Lepas 15 minit perap adunan dah elok berbuih. Tanda yis anda hidup
▶️ Guna kuali anti lekat. Sapukan marjerin planta.Wangi je bau apam lempeng anda nanti.
▶️ Bubuh sesenduk atas kuali yang panas. 1 adunan dapat 12 keping.
▶️ Bila belah atas dah elok kering macam ni terbalikkan. Guna api kecil saja.
▶️ Tadaaaa. Helok kejadiannya haaa. Tak sabar betul nak mamam kan.
▶️ Dah siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood Yang Sangat Sedap. Buat Sendiri Confirm Bertambah-tambah!
Tada! Siap untuk di hidang, Nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan apam lembeng yang lembut, gebu dan wangi ini. Bila dihidangan bersama kopi, memang menjadi lah, confirm tak cukup satu, tapi kalau buat sendiri bolehlah makan banyak kan.
Cicah dengan dengan kepala parut pun dah sedap. Apam lempeng ini juga boleh dicicah dengan madu, wah mesti anak- anak akan suka ala pancake mcd gitu. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi apam lempeng ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi apam lempeng yang sangat lembut ini. Selamat mencuba!