Resepi Ayam Percik Kelantan Super Sedap, Rasa Kuah Percik Secukup Rasa Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas!

0 3,963

Kalau bulan puasa menu wajib kena makan ialah ayam percik, walaupun tak makan selalu tapi kena merasa jugak bila bulan puasa. Resepi Ayam Percik Kelantan sangat mudah dibuat dan sedap dimakan.

Ayam percik memang sedap dimakan, kalau musim puasa hidangan ini sangat femes. Ayam percik bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih, malah sedap juga dimakan dengan nasi kerabu.

Kalau di kelantan, kuah percik berwarna keputihan, tapi kalau ditempat lain kuah percik berwarna merah. Ayam percik merah biasanya tidak dimasak dengan santan sebab itu warnanya merah dan seakan ayam madu.

Berbeza pula dengan ayam percik di kelantan, kuahnya dimasak dengan santan sehingga pekat. Jika ingin sedikit pedas akan dicampur dengan sedikit cili kisar. Kadang-kadang orang Kelantan suka masukkan sedikit budu, supaya rasanya lebih sedap.

Percik kalau dibakar dengan arang memang sedap dan rasanya juga lain dari panggan atas dapur. Nak mudah, panggan sahaja dalam pemanggan ajaib je mudah dan cepat. Resepi ini telah dikongsi oleh Muhammad Ariff Omar.

 

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Ayam percik kelantan sedap disebabkan kuahnya, kalau kuah percik kelantan lebih putih sebab tidak letak terlalu banyak cili kering kisar didalamnya, tapi kalau suka makan pedas-pedas sedikit boleh letak lebih cili kisar.

photo6215073301336796220.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 atau 4 ulas bawang putih *
  • 5 batang serai *
  • Cili kering kisar secukupnya
  • 500g santan
  • Ayam

 

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM PERCIK KELANTAN

▶️ Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga halus.

▶️ Selepas itu, tumiskan sehingga naik bau dan kekuningan.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar secukupnya, jika nak rasa agak pedas sedikit boleh letakkan lebih. Masak smpi masak serata.

▶️ Selepas itu, masukkan santan kesemuanya. Kacau sampai pekat dan boleh lah masukkan perasa secukupnya seperti garam dan gula, jika suka manis lebihkan sedikit gula biar kuah santan manis.

 

▶️ Ayam boleh dibakar terlebih dahulu, baru salutkan dengan kuah dan bakar sekali lagi.

photo6215073301336796219.jpg (960×720)

▶️ Dah masak kuah santannya  boleh sapukan ataupun gaulkn ayam sekali didalam kuah sekejap bagi meresap betul-betul kedalam isi ayamnya yang telah dibakar tadi.

photo6215073301336796221.jpg (960×720)

▶️ Selepas meresap bolehlah kita bakar lgi sekejap, bagi kering sedikit. Siap.

 

BACA JUGA : Resepi Pumpkin Buo Loy Yang Pasti Akan Jatuh Cinta Dengan Rupanya, Rasa Lemak Manis Yang Menyelerakan!

 

Bau ayam percik yang dipanggang memang memanggil-manggil mintak makan cepat-cepat masa masih panas ni. Kalau budak-budak suka dengan hidangan ini, makan nasi dengan ayam percik je pun dah cukup bagi mereka.
Kesedapan ayam percik bergantung pada kuahnya dan keresapan kuah yang meresap masuk kedalam isi ayam. Sebab itu, kuah percik perlu dibuat lebih sebab kuahnya akan dicurahkan lagi diatas ayam ketika ingin dihidangkan.

Bukan setakat kanak-kanak je sukakan hidangan ini, pak budak-budak pun suka kalau masak ayam percik ni. Resepi Ayam percik Kelantan ini boleh dijadikan panduan kepada ibu-ibu yang ingin belajar dan mencubanya dirumah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.